Adakala ciptaan paling ringkas itu boleh membantu ramai golongan miskin untuk hidup dengan lebih gembira. Itulah misi The Shoe That Grows, sandal ciptaan Kenton Lee ini boleh diubah saiz untuk sepadan dengan kaki pemakai.

Dan ciptaan ini dibuat khas untuk kanak-kanak di negara miskin agar mereka boleh membesar tanpa berkaki ayam. Jangka hayat kasut ini juga mampu bertahan sehingga 5 tahun.

the-shoe-that-grows-2 the-shoe-that-grows-4

Menurut The Shoe That Grows terdapat lebih dari 300 juta kanak-kanak miskin diseluruh dunia yang terpaksa membesar tanpa memakai kasut. Begitu juga jutaan lagi yang memakai kasut yang tak sepadan dengan kaki mereka.

Kanak-kanak yang berkaki ayam dan tidak memakai kasut terdedah kepada kecederaan dan parasit yang menjangkiti manusia melalui kaki. Masalah dengan kasut yang didermakan pula biasanya tidak dapat dipakai lama kerana kaki kanak-kanak yang cepat membesar seiring dengan usia mereka. Membeli kasut baru juga pasti membebankan mereka yang miskin kerana duit yang ada lebih utama digunakan untuk membeli makanan.

Ikuti video berikut yang menceritakan bagaimana terhasilnya ciptaan ini yang bermula dari rasa simpati terhadap kanak-kanak miskin, seterusnya mereka berimpian untuk mencipta sesuatu yang dapat memberi impak positif.

the-shoe-that-grows-5

Apa yang lebih menarik, jika ada yang mahu mendermakan kasut yang boleh membesar ini, laman web The Shoe That Grows ini menyediakan pakej semurah USD10 yang membolehkan anda mendermakan kasut ini kepada kanak-kanak di negara miskin yang memerlukannya.

Jika ada mahu menderma atau mungkin juga ingin dapatkan sepasang kasut ini untuk anak anda, The Shoe That Grows boleh didapati di sini.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram