cinderella

Kasut Cinderella, cuba dulu. Siapa muat dia dapat!

Membacanya sahaja sudah membuat saya tersenyum sendiri. Inilah keindahan Pasar Percuma. Semua orang boleh mengambil barangan yang diperlukan. Tukarannya hanya kata-kata yang baik, senyuman dan terima kasih.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

12366403_10208381667689257_5163985301315236003_n

hijabster
Salah seorang Cinderella yang berjaya menyarungkan kaki ke kasut

Pertama kali saya mengetahui tentang Pasar Percuma atau nama asalnya FreeMarket adalah melalui Facebook Tuan Syed Azmi. Tulisan beliau tentang berbuat kebaikan sangat menyentuh hati.

Apabila orang selalu memuji-muji kebaikan beliau di Facebook, pesanan beliau, ‘BE A DOER’. Sangat mendalam. Deep.

Dari situ, bermulalah edisi menyelongkar FB Group #Freemarket dan semuanya tinggal sejarah yang terlalu panjang untuk dikongsikan. Hari ini program kedua saya bersama FreeMarket di Jitra.

baby
BAJU KANAK-KANAK YANG MASIH ELOK
buku
PELBAGAI JENIS BUKU DAN KEPERLUAN SEKOLAH
buku3
SUMBANGAN BUKU

KONSEP FREEMARKET @ PASAR PERCUMA

Ramai pada mulanya masih keliru, adakah sewa tapak dikenakan untuk meletak barangan? Adakah seperti konsep ‘car boot sale‘?

Tidak kurang juga yang menelefon tidak percaya, betulkah percuma? Perlu isi borang? Orang Melayu sahaja ke?

Konsepnya sangat mudah, sebagai penyumbang kita hanya perlu datang membawa apa sahaja barangan sama ada terpakai atau baharu ke tapak FreeMarket yang telah ditetapkan oleh penganjur.

Baju, kasut, makanan atau apa sahaja yang masih baik tetapi sudah tidak diperlukan. Dalam masa yang ditetapkan, ‘jualan’ akan dimulakan.

Pengunjung boleh datang untuk melihat-lihat barangan yang disediakan dan sekiranya ada yang berkenan di hati, boleh sahaja minta dengan baik dan ucapkan terima kasih.

Sopan-santun dan kata-kata yang baik inilah yang mahu diterapkan di dalam masyarakat kita. Tiada bayaran, tiada sistem ‘barter’, semuanya percuma.

Mungkin ada barangan yang kita sudah tidak perlukan tetapi menjadi sesuatu yang dicari-cari atau diperlukan oleh pengunjung.

Jika dilihat daripada aspek yang lain, FreeMarket ini juga menjadi tempat untuk mendidik penyumbang berapa banyak barang-barang yang dibeli tetapi tidak diperlukan. Hendak dibuang sayang kerana masih baik dan cantik, tetapi sudah lama menjadi hiasan di dalam almari atau masih tersimpan elok di dalam kotak.

BOLEHKAH SAYA MENGHANTAR BARANGAN TERPAKAI KEPADA PENGANJUR?

Salah satu konsep yang saya paling suka di dalam FreeMarket ini adalah penyumbang diminta untuk hadir sendiri dan ‘menjual’ barang-barang yang dibawa.

Sekiranya barang tersebut tidak laku, mereka perlu membawa balik semula barang tersebut. Ini menjadikan FreeMarket bukan tempat ‘melupuskan harta’.

Sekiranya mahu menyumbang tetapi tidak dapat hadir semasa hari program, ada barang-barang yang ‘laku keras’ akan dibenarkan oleh penganjur contohnya barang permainan kanak-kanak, barang keperluan rumah seperti beras, minyak, telur, ikan dan sayur-sayuran.

FreeMarket Jitra
Antara gerai laku keras, ada beras, bihun, telur dan aneka makanan
bihun3
LAKU KERAS
TERBUKA KEPADA SEMUA
TERBUKA KEPADA SEMUA tanpa mengira bangsa dan agama
babybox
PROJEK BABY BOX
babybox2
PENERIMA DIKENALPASTI MELALUI KLINIK KESIHATAN

Projek Baby Box juga telah mengenalpasti bakal-bakal ibu yang memerlukan melalui Klinik Kesihatan dan menyerahkan barangan yang bersesuaian sama ada terpakai dan baharu hasil sumbangan orang ramai.

Serahan barang-barang boleh melalui wakil Projek Tamak Pahala di seluruh negara.

quputeh
berkaca mata adik kecil ini apabila ditanya pelbagai soalan. Apabila ditanya nak buat apa dengan anak patung ini, dijawab perlahan ‘Nak dakap’

Oleh kerana saya sendiri tiada barang khusus untuk diberikan semasa program Pasar Percuma di SK Pida 3 hari ini, saya pun membuat cubaan iklan untuk sumbangan pensel warna dan beras di Facebook.

Sungguh tidak dijangka, rakan yang tidak dikenali juga turut memberi kepercayaan kepada saya. Hasil kutipan mencecah RM2000 dan dengan wang tersebut saya berjaya membeli 232 kotak pensel warna 24 pcs dan 36 kampit beras 5kg.

Gerai kami antara gerai paling hangat. Anak-anak semua tidak sabar untuk memiliki pensel warna besar. Banyak lagi sumbangan lain yang digabungkan di sini seperti kotak pensel, pen, pemadam, gam, buku nota dan keperluan sekolah.

kaler3
GERAI RAMAI PENGUNJUNG JUGA
kaler
SEMUA MENANTI PENUH SABAR
kaler333
ADA YANG DATANG MAHU PENSIL WARNA BESAR TETAPI DAH HABIS, SEDIH

Cabarannya untuk mengagihkan barangan ‘laku keras’ ini adalah teknik bagi membolehkan penerima tidak menyerbu gerai. Ada yang sudah beratur panjang tetapi kiri dan kanan turut menyerbu. Semua teruja mahu mengambil untuk cucu, anak dan adik-beradik.

Bagaimana untuk tidak mengecilkan hati penerima apabila diminta beratur dan memudahkan pengagihan. Bagaimana mahu memberi dengan sopan dan dalam masa yang sama mendidik anak-anak kecil ini juga erti budi bahasa. Sungguh mencabar emosi dan fizikal di bawah terik mentari.

SAYA TIADA BARANG TETAPI MAHU TURUT SERTA PROGRAM

Oh ya, tidak semestinya sumbang barangan. Boleh sumbang kemahiran dan tenaga. Contohnya jadi tukang jaga trafik. Boleh juga sumbangkan kemahiran seperti perkhidmatan potong rambut, apa sahaja yang difikirkan akan ada ‘pelanggan’.

Salah satu contoh aktiviti hari ini di SK Pida 3, aktiviti buih gergasi. Modal tidak sampai RM15 untuk mengukir senyuman anak-anak kecil. Klik di sini untuk 3 bahan mudah menghasilkan buih gergasi.

IMG_4802
BUIH GERGASI

Sudah teruja dan terbayang-bayang barang yang terbeli 10 tahun lalu tetapi masih elok tersimpan di dalam kotak? Hadiah kahwin yang penuh berkotak-kotak dan tidak tahu bila hendak digunakan? Sertai group FB #FreeMarket sekarang dan ‘BE A DOER‘!

Juga, suka untuk saya maklumkan pada sabtu baru-baru ini berlangsung serentak 4 program FreeMarket iaitu di Melaka, KL, JB dan Jitra.

Baca lagi: Kisah Inspirasi Seorang Pelajar Miskin Yang Teringin Ke KLCC Dikurniakan Rezeki Melalui Guru Prihatin

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram