Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Bosan dengan telemovie yang sama diulang kembali setiap tahun? Ini telemovie yang fresh dan menarik untuk anda tonton. Akan bersiaran 25 Jun 2017(esok), filem Kasut dibintangi pelakon baharu Yuna Rahim (Zubaidah),pelakon berbakat Amerul Affendi (Dalit), Azhan Rani dan ramai lagi.

Kasut menceritakan kehidupan seorang remaja perempuan yang bernama Zubaidah yang sangat rapat dengan ayahnya, Osman (Azhan Rani). Suatu hari Zubaidah dipertemukan dengan Dalit dan mereka menjadi teman naik. Pabila bersama Dalit, Zubaidah sering teringatkan bapanya. Apa kaitan Zubaidah dan Dalit? Apa pula kaitannya dengan kasut? Semuanya akan dirungkai jam 6 petang esok di HyppTV saluran Hyppinspirasi saluran 111. Sudah lama tak nampak Amerul Affendi berlakon. Pasti menarik filem ini.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →