Kasut juga merupakan salah satu ‘senjata’ penting yang kena ambil berat semasa travel, terutama untuk yang suka travel gaya backpackers. Bila sebut sahaja backpackers sudah tentunya banyak berjalan kaki bukan?

Sebab itu keserasaian kasut dengan kaki amat penting, baru selesa nak berjalan. Anda mesti pernah alamai situasi seperti ini, saiz kasut dah padan tapi tak selesa. Ada juga kadang-kadang rasa macam dah selesa, tapi kasut pula tak ikut bentuk kaki.

Kalau nak tahu kasut tu betul-betul sesuai dengan kaki atau tak, cuba pergi jalan kaki jauh-jauh. Kalau tak melecet atau tapak kaki tak sakit itu maknanya sesuailah. Jika begitu, kasut ini mungkin boleh menghilangkan rasa tak puas hati anda.

Kasut yang saya maksudkan ini ialah kasut Furoshiki, iaitu kasut meliliti yang diinspirasikan semperna nama teknik balutan tradisi orang-orang Jepun. Pada asalnya, kasut ini adalah idea dari pereka Jepun bernama Masaya Hashimoto sebelum ia mula dipopularkan oleh syarikat Itali iaitu Vibram.

Yang menariknya, kasut Furoshiki ini bukan sahaja ringan dan mudah dipakai, malah ia akan membaluti kaki anda serta menjamin keselesaan dan permukaan mengikut bentuk kaki masing-masing.

Senang kata, kasut ini bukan sahaja sesuai dibawa travel, malah hampir untuk semua aktiviti yang melibatkan kaki. Rasanya, kalau bawa kasut ini pergi travel tak payah bawa sandal lagi. Satu kasut ini sahaja pun sudah cukup. Nak simpan pun senang.

Kasut awesome ini mula dijual pada harga $140 usd kira-kira RM612.00, namun jika anda membeli di Lazada, anda boleh dapat pada harga serendah RM270.00 sahaja.

Jika berminat? Anda boleh dapatkannya di sini.

Cool gila!