Nampaknya kolaborasi Champion bersama Timberland berjalan dengan lancar selepas tertiris sebuah rekaan model kasut terbaru melalui gabungan dua jenama ini.

Melihat dari gambar tertiris kolabrasi ini terdapat dua jenis warna iaitu kelabu dan hitam. Rekaan kolaborasi ini juga mengekalkan bahan buatan sama seperti model-model Timberland iaitu Nubuck pada bahagian atas dan threaded laces. Logo penjenamaan Champion iaitu logo C diletakkan pada lidah kasut dan tag.

Walaubagaimanapun, tarikh pengumuman dan harga bagi model kasut ini masih lagi menjadi tanda tanya. Sama-sama kita nantikan pengumuman penjualan daripada gabungan dua jenama hebat ini.

https://twitter.com/OnusOfficial/status/1013463974002688001