Sebelum ini Nike telah melakukan kerjasama dengan Playstation dengan mengeluarkan kasut Nike PG-2 Playstation Colorway. Kali ini Sega telah mengumumkan bakal melakukan kerjasama dengan Puma untuk menghasilkan kasut edisi istimewa mereka sendiri.

Sega memilih watak ikonik game arked mereka iaitu Sonic the Hedgehog untuk menghasilkan kasut ini bersama Puma. Buat masa sekarang pihak mereka masih menyembunyikan rekaan kasut ini dan akan ditunjukkan kemudian, yang pasti warna rasmi watak Sonic iaitu biru, merah, kuning dan hijau menjadi pilihan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kasut kolabrasi ini bakal mula dijangka dijual pada musim panas iaitu pada bulan Jun ini di butik Puma. Kepada yang minat, anda boleh menonton video yang dimuat naik di channel YouTube rasmi Sonic di sini.