Penantian peminat tegar Nike untuk kasut ikat-sendiri (self-lacing) ini akan berakhir tidak lama lagi kerana ianya akan dijual untuk pasaran seluruh dunia bermula 28 November ini dan semestinya dijual dengan kuantiti yang limited.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Kasut ini akan hadir dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan silver. Kasut Nike HuperAdapt ini adalah kasut ikat-sendiri pertama dari Nike yang dijual secara terbuka kepada umum. Sebelum ini, Kasut ikat-sendiri Nike Mag (kasut replika kepada kasut yang dipakai Marty McFly dalam filem Back To The Future) hanya 89 pasang dihasilkan untuk para peminat membidanya secara atas talian.

Kasut Nike Mag ini terjual dalam acara lelongan di New York pada harga USD200,000

Kasut Nike Mag ini terjual dalam acara lelongan di New York pada harga USD200,000

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →
Cristiano Ronaldo antara atlet Nike terawal yang memiliki kasut Nike HyperAdapt ini

Cristiano Ronaldo antara atlet Nike terawal yang memiliki kasut Nike HyperAdapt ini

“Selepas anda menyarungkan kasut ini, tumit anda akan menekan sensor dan ianya mengetatkan kasut ini secara automatik. Terdapat dua butang; satu untuk ketatkan dan satu untuk longgarkan kasut ini. Anda boleh tekan butang ini untuk laraskan fit kasut ini di kaki anda,” kata Tiffany Beers, senior innovator di Nike. Kasut ini dikuasakan oleh bateri di bahagian tapaknya yang dapat bertahan selama dua minggu setiap kali full charge.

Jadi berapa harga pasaran kasut ini nanti? Ianya akan dijual pada harga USD720 (lebih kurang RM3,130). Sama harga dengan sebuah telefon pintar iPhone 7. Disebabkan ianya akan dijual pada kuantiti yang limited, resellers semestinya akan menjual kasut ini dengan harga lebih tinggi di masa akan datang. Adakah anda sanggup melaburkan wang yang banyak untuk kasut ini?

nike-1

nike-2