Kuat betul penangan kasut Back To The Future ini. Nike MAG kembali dengan hanya 89 pasang dicipta dan hanya boleh dibeli jika anda membeli tiket raffle yang berharga USD10. Jika anda bernasib baik dan tiket anda naik ketika undian, kasut ini akan menjadi milik anda dengan harga USD10 sahaja!

Peluang untuk anda menang sangat-sangatlah kecil. Tetapi jika anda membeli lebih banyak tiket raffle, maka peluang untuk anda mendapatkan kasut ini lebih tinggi. Sebahagian daripada jumlah yang anda bayar untuk tiket ini akan disalurkan ke Michael J.Fox Foundation yang akan menjalankan kajian untuk penyakit Parkinson. Sambil anda menderma, sambil anda berpelung untuk dapat kasut kan?

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →

Kesemua 89 unit ini akan diagihkan secara cabutan undi dan cuma 3 pasang akan dijual dalam acara bidaan di London, New York dan Hong Kong. Semalam berakhirnya acara bidaan kasut ini di Hong Kong dan kasut ini terjual pada harga USD104,267 (Lebih kurang RM436,821)!

kelu

Itulah harga yang sanggup dibayar sneakerhead untuk kasut super limited edition dari Nike ini. Ada tak pembaca Vocket yang beli tiket raffle untuk kasut ini? Kalau ada, selamat berjaya!

nike-mag-auction-01

Anda Mungkin Suka