Sepasang kasut Air Jordan 1 tahun 1985 yang pernah dipakai dalam perlawanan oleh Michael Jordan terjual pada harga rekod USD560,000 (~RM2.438 juta) dalam satu acara lelongan dalam talian oleh Sotheby New York, 4 kali ganda lebih tinggi daripada harga jangkaan awal.

Kasut game worn ini adalah dalam saiz kaki sebenar Michael iaitu saiz 13 dengan tema warna ikonik pasukan beliau Chicago Bulls. Bidaan bermula pada 9 Mei 2020 yang lalu dan pada mulanya dijangka sekitar harga USD100,000 hingga USD150,000 sahaja.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

Kasut berkenaan merupakan salah satu daripada koleksi pengasas Shoezeum, Jordan Geller. Masih tidak diketahui siapa pembeli kasut ini dan menurut Geller nilai kasut tersebut meningkat mungkin kerana dokumentari Michael Jordan, The Last Dance yang sedang ‘panas’ di Netflix pada ketika ini.

Siri The Last Dance merupakan dokumentari 10 episod menceritakan perjalanan Michael Jordan bersama Chicago Bulls dan mendapat lebih 5 juta tontonan setiap minggu selepas ia dilancarkan kepada umum.

Kejayaan jualan dengan harga tinggi memorabilia ini pastinya akan memberi kesan kepada harga barangan yang pernah dipakai oleh Michael Jordan.

Sebelum ini, sepasang kasut Converse yang dipakainya ketika Olimpik 1984 telah terjual pada harga USD190,370 (~RM829,131).

Jualan ini ternyata telah mengalakan rekod harga kasut ‘Moon Shoes’, kasut pertama yang dicipta oleh pengasas Nike, Bill Bowerman tahun lalu. Baca lagi pada pautan di bawah.

Pengumpul Dari Malaysia Ini Antara Pemilik Nike ‘Moon Shoe’ Bernilai RM1.8 Juta

Uniqlo Umum Koleksi Kolaborasi Khas Bersama Billie Eilish Dan Takashi Murakami

G-Shock DW-6900 ‘Bossku’ Yang Disarung Najib Razak Pula Kini Jadi Buruan

Anda Mungkin Suka