Kalau anda ada duit lebih dan peminat tegar Kanye West, kasut ini mesti ada dalam koleksi anda. Kedai kasut consignment Rare Pair kini sedang menjual kasut promo sample Nike Air Yeezy 1 ‘Black Glow’ yang merupakan kasut khas 1/1 untuk Kanye West. Kasut ini dibuat pada tahun 2008 dalam saiz US12.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Kanye West merupakan individu bukan atlet pertama yang mendapat kasut ciptaan khas dari Nike. Sebelum-sebelum ini, Nike cuma membuat kasut khas untuk atlet yang memakai jenama mereka seperti Michael Jordan. Tetapi disebabkan populariti Kanye West dan impak yang dibawanya kepada jenama tersebut, Nike telah mencipta kasut ini khas untuk Kanye.

Kasut 'Nike Yeezy 1 Sample' yang dipakai Kanye West ketika persembahan beliau di Grammy Awards 2008

Kasut ‘Nike Yeezy 1 Sample’ yang dipakai Kanye West ketika persembahan beliau di Grammy Awards 2008

Tetapi disebabkan salah faham, Kanye West kini meninggalkan Nike untuk berkolaborasi dengan musuh ketat Nike, Adidas. Sekarang ini Adidas perlahan-lahan menuju puncak dengan kolaborasi bersama Kanye West yang sentiasa menjadi tumpuan peminat fesyen dan sneakerheads. Tetapi nilai untuk kasut kolaborasi Nike dan Kanye tidak jatuh dan tetap mendapat tempat di hati pengumpul kasut.

Menurut Rare Pair, kasut ini adalah kasut personal 1 of 1 untuk Kanye dan tidak pernah dibuat untuk pasaran umum. Kondisi kasut ini adalah dalam keadaan baru dalam kotak dan 100% tulen. Tambah Rare Pair, ini merupakan kasut Yeezy paling rare bagi pengumpul kasut.

Kalau anda betul-betul berminat, kasut ini dianggarkan berharga USD100,000 (lebih kurang RM413,000) ke USD150,000 (lebih kurang RM620,000). Ya harganya memang tidak masuk akal tetapi bidaan permulaan untuk kasut ini adalah pada harga USD65,000 (lebih kurang RM268,000). Kalau anda bernasib baik, anda boleh beli pada harga berkenaan dan bidaan boleh dibuat di sini. Selamat membida!

nike-air-yeezy-kanye-west-black-glow-promo-sample-3

nike-air-yeezy-kanye-west-black-glow-promo-sample-4

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group