Kolaborasi pereka fesyen Virgil Abloh menerusi jenama Off-White bersama Nike merupakan kolaborasi kasut terbaik untuk tahun ini. Nike sedikit sebanyak naik kembali daripada terus dibayangi jenama rival mereka, adidas.

Namun apa yang akan terjadi sekiranya Virgil memilih untuk berkolaborasi bersama adidas dan bukannya Nike? Sorang peminat kasut tempatan menghasilkan satu kasut custom Off-White X adidas NMD dan ianya memang sangat awesome.

Edmond Looi mula dikenali apabila beliau menghasilkan kasut custom Adidas X Ikea yang sangat unik. Kali ini beliau memilih kasut adidas NMD ‘Japan Pack’untuk projek terbaru beliau.

Edmond menggunakan tali pinggang Off-White yang tulen untuk projek custom ini. Jadi custom ini memang legit! Hasilnya adalah satu kasut yang unik serta lain daripada yang lain. Apa pandangan anda dengan rekaan custom Edmond ini?