Supreme dan Vans akhirnya kembali berkolaborasi semula untuk memulakan musim bunga pada tahun 2018 dengan menghasilkan Liquid Blue Skull Pile.

Antara model kasut menjadi pilihan ialah Vans Sk8-Hi dan Vans Slip On. Setiap pasang dilengkapkan dengan warna dan corak Liquid Blue Skull Pile hitam terang yang dipopularkan oleh rapper iaitu Juicy J pada tahun 2009. Kedua-dua pasang ini disudahkan dengan rekaan midsole getah putih dan logo Vans pada tumit belakang kasut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jika anda berminat untuk mendapatkan kolaborasi Supreme x Vans ini pastikan anda berada di hadapan telefon pintar dan laptop pada pukul 11 malam ini (waktu Malaysia) kerana model ini mungkin akan menjadi barangan pertama yang dijual di laman web mereka pada 1 Mac ini. Oh ya, pastikan anda mempunyai jaringan internet yang pantas untuk berebut bersama reseller dan collector seluruh dunia.