Tamat sudah undian untuk pertandingan Vans Asia Custom Culture di mana peminat setia kasut Vans bebas menghantar rekaan kegemaran mereka di laman Vans.

Namun rekaan kasut oleh Fahmi Reza ini paling outstanding dan mendapat undian paling tinggi di pusingan pertama. Namun, rekaan kasut ini dianggap penuh kontroversi dan Fahmi Reza sendiri perlu berjumpa wakil Vans untuk berbincang tentang rekaan ini.

Pagi tadi, pihak Vans telah mengumumkan rekaan Fahmi Reza ini tidak akan dibatalkan dan layak untuk bertanding di pusingan kedua Vans Asia Custom Culture. Di pusingan kedua, rekaan beliau ini akan bertanding dengan beberapa lagi rekaan wakil Asia yang lain.

Jika menang di peringkat akhir, kasut ini mungkin akan dihasilkan oleh pihak Vans. Jika ianya jadi realiti, ada yang mahu membeli kasut ini?