Ahmad Fadzil Musa atau lebih dikenali sebagai Pa’din Musa sebelum ini kembali memeriahkan sukan skateboarding di Malaysia dengan koleksi edisi khas Vans Tikar Mengkuang yang direka khas sempena Vans Checkered Day.

Acara yang mengumpulkan ramai artis, pereka kreatif, ahli sukan dan mereka dari dunia kreatif ini adalah acara tahunan bagi mereka menunjukkan sisi kreatif mereka.

Terbaharu, melalui satu posting di media sosial miliknya, Pa’din memuat naik satu gambar sambil berkongsi berita gembira apabila kasut Vans Tikar Mengkuang telah terjual dengan harga RM4902.22

Corak tikar mengkuang itu telah melalui 81 bidaan sebelum ini dengan harga serendah RM82.02.

photo_2019-11-23 21.57.35

Selepas 10 hari, harga Vans Tikar Mengkuang edisi khas Pa’din Musa naik melambung dan sudah berjumpa dengan pembelinya.

Sebelum ini, The Vocket melaporkan Pa’din Musa memilih corak tikar mengkuang sebagai tema kasut edisi khas beliau bagi menunjukkan ciri-ciri budaya Malaysia.

Usaha Pa’din mengambil mengkuang sebagai rekaan asas kasut Vans Tikar Mengkuang tidak lain adalah untuk mengingatkan betapa pentingnya hasil kraftangan masyarakat Melayu terdahulu.

Hasil jualan kasut ini akan disalurkan terus kepada badan amal Imagination.org bagi membantu anak muda dalam mengembangkan bakat kreatif mereka.

Ini juga merupakan kali kedua Pa’din bekerjasama dengan Vans.

Berikut adalah cerita lain mengenai kolaborasi di antara Pa’din Musa dan Vans. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Pa’din Musa Pilih Tikar Mengkuang Untuk Koleksi Edisi Khas Sempena ‘Vans Checkered Day’

Terlalu Popular, Versi ‘Copy Ori’ Vans x Pa’din Musa Sudah Muncul Di China

‘Sold Out’ Hari Pertama, Kasut Vans x Pa’din Musa Dijual Kembali 3 Kali Ganda Harga Asal

Anda Mungkin Suka