Sepasang model vintaj buatan Nike, ‘Moon Shoe’ ini telah memecahkan rekod dalam satu acara lelongan apabila ianya terjual pada harga $437,000 USD ~(RM1.8 juta)! Perkara berkenaan disahkan oleh Sotheby’s semalam.

Harga permulaan USD80,000 diletakkan untuk bidaan sebelum ianya dibeli oleh seorang pengumpul bernama Miles Nadal. Beliau mahu mempamerkan kasut ini di muzium peribadi beliau, Dare To Dream Automobile Museum yang terletak di Toronto.

Kasut ini adalah sangat eksklusif kerana hanya 12 pasang dihasilkan oleh pihak Nike. Ketika ini, hanya model ini yang diketahui masih wujud dalam keadaan unworn condition (tidak dipakai).

Model ini direka khas oleh Co-Founder Nike, Bill Bowerman untuk pelari acara Olimpik 1972. Beliau mendapat inspirasi untuk menghasilkan tapak Moon Shoe ini selepas mencurahkan getah ke dalam pembuat waffle milik isterinya.

Bukan itu sahaja, Miles turut membeli 99 pasang kasut lain yang turut dibida dalam acara lelongan oleh Sotheby’s ini. Antara model lain yang kini berada dalam simpanan beliau adalah model Nike Air Mag ‘Back To The Future’ dan beberapa model khas daripada koleksi YEEZY.

Sebelum ini, rekod kasut sneakers paling mahal adalah untuk sepasang kasut Converse yang dipakai oleh Michael Jordan ketika perlawanan akhir bola keranjang di sukan Olimpik 1984. Model berkenaan terjual pada harga USD190,373 (~RM783,000).

Sumber