Katie Bouman lahir pada 9 Mei 1989. Ayahnya memberitahu bahawa anaknya sudah memulakan kajian tentang pengimejan sejak di sekolah menengah lagi. Beliau merupakan saintis komputer iaitu graduan sarjana MIT pada 2011, mendapat master pada 2013 dan mendapat PHD beliau pada 2017 dan beliau memperoleh kesemuanya di MIT.

Katie kini adalah pemegang Ph.D. dalam Electrical Engineering & Is. Beliau sekarang menjadi profesor di Institut Teknologi California di Pasadena. Katie adalah wanita yang berjaya membentuk imej supermassive black hole dengan algoritma imej.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Projek itu bermula sejak 3 tahun yang lepas. Katie bekerjasama dengan Harvard-Smithsonian Center for Astrophysics, dan MIT Haystack Observatory untuk melengkapkan formula tersebut.

Katie mengetuai pasukan yang terdiri daripada lebih 200 pengkaji pakar. Di bawah ni anda lihat banyak betul hard disk. Data daripada disk ini digunakan untuk menghasilkan 1 imej. Banyak teleskop digunakan dalam projek ini daripada pelbagai kedudukan.

Buka link ini untuk dengar beliau buat sedikit taklimat bagaimana beliau membentangkan formula projek ini. Tekan disini. Video ini dirakam pada tahun 2016.

Katie Bouman telah mengetuai projek ini dan imej pertama supermassive black hole dikeluarkan oleh NASA pada 10 April 2019. Hasilnya, mereka mengeluarkan gambar berbentuk cincin besar. Ianya struktur sama seperti ‘cincin’ yang diramalkan Albert Einstein lebih seabad yang lalu menerusi teori relativiti.

Malah, penyelidik telah menghasilkan beberapa gambar dan mereka semua kelihatan sama. Imej lohong hitam yang dibentangkan pada hari Rabu bukan dari satu sumber sahaja, tetapi ianya imej dari algoritma yang berbeza yang kabur dan digabungkan bersama.

Katie dan pasukannya telah melakukan sesuatu yang melangkaui akal kita semua. Jarak lohong hitam itu sangat jauh. Ia memerlukan teleskop berdiameter 10,000 km. Takkan nak buat teleskop sebesar itu? Sebab bumi kita pun berdiameter kurang 13,000 km.

Bouman jarang sekali berkongsi hasil kerjanya di media sosial. Ayahnya sendiri tidak banyak tahu tentang kerja anaknya. Kerana Katie sangat teliti dan tidak mahu menunjuk-nunjuk. Bapanya seorang pensyarah Universiti.

https://twitter.com/MIT_CSAIL/status/1116091314448273408

Facebook beliau sangat private dan post public pertama beliau adalah ketika beliau bergambar di hadapan imej yang hampir siap di-render. Dalam satu post oleh MIT di Twitter, mereka meletakkan gambar Katie Bouman di sebelah Margaret. Apapun, thanks Katie.

Baca lagi: National Science Foundation Amerika Kongsikan Gambar Pertama ‘Black Hole’

Sumber