Malaysia merupakan negara yang sangat popular melibatkan pencurian kereta. Percaya atau tidak, terdapat satu kereta yang menjadi mangsa pencuri setiap 24 minit. Lebih menyedihkan, hanya 1 daripada 6 kereta yang dicuri telah hanya cuma berjaya mendapat balik.

Melihat kepada masalah yang berlaku, Syed Ahmad Fuqaha sebagai pengarah urusan Syarikat Kaksana telah menyediakan sebuah sistem tracking advance dimana membolehkan penjejakan kereta yang dicuri dapat dikesan dengan lebih baik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melalui servis yang ditawarkan, Katsana telah berjaya mendapatkan balik 98.2% kereta yang dicuri dengan nilai lebih RM4.2 juta. Sebuah angka yang sangat menakjubkan.

Terbaru, Axiata Digital Innovation Fund telah menyuntik dana sebanyak RM4 juta buat syarikat ini membolehkan mereka memperkenalkan Katsana Insight. Sebuah servis bagi memudahkan syarikat insurans motor mengurangkan kerugian tuntutan secara drastik dan mengumpul data yang amat diperlukan sebagai persediaan untuk liberalisasi tarif insurans motor di negara ini.

Kami ucapkan all the best buat Katsana. Kami harap syarikat ini dapat terus berkembang bagi dapat membantu lebih ramai lagi rakyat Malaysia mendapatkan perlindungan kereta yang lebih baik dan efisien.

Sumber