Lagu Dark Horse nyanyian Katy Perry yang diterbitkan pada 2013 telah terbukti merupakan karya ciplak daripada lagu Joyful Noise, hasil karya Marcur Gray atau Flame.

Justeru itu, mahkamah telah memerintahkan Katy Perry untuk membayar penalti sebanyak lebih kurang $550,000 (~RM2,284,150.00) kepada Flame setelah terbukti rentak lagu ‘Dark Horse’ diciplak daripada lagu ‘Joyful Noise’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.youtube.com/watch?v=QCcW-guAs_s

Menurut CNN, Flame mendakwa bahawa lagu ‘Dark Horse’ telah melanggar hak cipta dimana telah meniru rentak dasar lagu tersebut tanpa pengetahuan dan keizinannya. Walau bagaimanapun, kes tersebut telah selesai dan mahkamah telah mengarahkan Katy Perry untuk membayar penalti.

Untuk pengetahuan anda, Katy Perry telah lawan kes pelanggaran hak cipta ini selama 5 tahun. Menurut anda, adakah rentak lagu untuk dua lagu tersebut sama?

Sumber