“Kau boleh nampak tak kesan  apa yang kau buat pada keluarga aku. Kau ingat senang ke untuk aku pujuk mak aku bagi dia tenang,” itulah antara bait kata-kata yang dikeluarkan oleh seorang lelaki yang dipercayai waris keluarga mangsa MH370.

Terdahulu, seorang pencipta kandungan Princemeed ada mendedahkan mengenai misteri kehilangan pesawat MH370. Ahli keluarga waris MH370 tampil menyelar kenyataan yang dikeluarkan oleh Pricemeed.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

https://www.youtube.com/watch?v=2o_v4BTOeqc

Dalam video yang tular ini, waris keluarga MH370 menyatakan bahawa apa yang dilakukan oleh pencipta kandungan tersebut telah memberi kesan kepada keluarganya. Katanya, kenyataan Princemeed yang berpandukan Google itu telah membuatkan ibunya yang sebelum ini perlahan-lahan pulih dari trauma kini kembali murung.

Selain itu, dia turut menyelar masyarakat awam yang menyatakan bahawa keluarga mangsa MH370 terlalu gilakan duit pampasan sehingga menyembunyikan kebenaran. Bagi lelaki tersebut, dakwaan itu tidak tepat sama sekali kerana keluarga mereka masih hidup sama seperti mana sebelum kejadian MH370 tersebut.