Pengerusi Kaukus Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara, Senator Datuk Razali Idris menzahirkan rasa bimbang mengenai budaya cercaan, hasutan dan carutan oleh pengguna media sosial yang dilihat sebagai penyakit mental nombor satu negara.

Berkata kepada Bernama dan dipetik dari Sinar Harian, beliau mencadangkan satu tindakan atau rang undang-undang baharu yang lebih tegas dan agresif bagi membendung budaya ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beliau juga turut memberi cadangan agar meminda undang-undang sedia ada dalamĀ Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Berkata dalam satu kenyataan, beliau menjelaskan bahawa kebebasan bersuara yang melanggar prinsip keselamatan dalam negeri, prinsip moral, ketenteraman awam dan hubungan antarabangsa boleh disekat dengan menggubal undang-undang menurut Perkara 10(2)(a).

Dia juga yakin bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh mengambil tindakan lebih tegas di bawah AKM 1998, Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Akta Jenayah Komputer 1998 bagi mereka yang menyalahgunakan platform media sosial.

Cadangan ini difahamkan hadir selepas melihat situasi di mana beberapa netizen di media sosial yang suka mengkritik atau menghina pemimpin negara yang dianggap oleh kaukus sebegai ekstrem, melampau dan tidak patriotik.

“Terbaharu cercaan, hasutan dan carutan netizen terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu lawatannya ke Indonesia adalah sesuatu yang tidak boleh diterima serta tidak melambangkan sifat sopan santun dan tatasusila yang baik,” tegasnya.

Dia menambah bahawa pengguna media sosial bebas untuk mengeluarkan pendapat dan pandangan. Namun ia mestilah sejajar dengan Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan serta hendaklah menunjukkan tingkah laku terpuji bagi menghormati institusi beraja, perdana menteri dan negara Malaysia.

Tahun lalu, ‘hashtag’ #NotMyPM mula kedengaran sejak Muhyiddin dilantik PM ke-8. Klik pautan dibawah untuk membaca.

Netizen Luah Perasaan, ‘Hashtag’ #NotMyPM Mula Kedengaran Sejak Muhyiddin Dilantik PM Ke-8

Indonesia ‘Claim’ Muhyiddin Sebenarnya Berasal Dari Riau Dan Berketurunan Bugis

Menteri Kesihatan Longgarkan Tempoh Pemerhatian Menteri Pulang Dari Lawatan Rasmi Luar Negara