Tertarik dengan cerita ‘suku kaum leher panjang’ di Thailand oleh seorang traveller Malaysia yang baru sahaja pulang dari negara Gajah Putih mendorong saya untuk menyelongkar lebih lagi tentang mereka. Manusia berleher panjang atau lebih tepat dikenali sebagai suku Kaum Karen di Thailand ini boleh dikenali lebih dekat diperbatasan sempadan Thailand dan Myanmar iaitu Chiang Rai.

Chinag Rai, Thailand tidak asing sebagai destinasi buruan backpakers Malaysia jika ke Thailand. Jadi, tidak salah untuk anda singgah sebentar dan lihat sendiri tinggalan tradisi purba ini melalui kaca mata sendiri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
karen1
Sumber: Flickr

Kaum Karen

Suku Karen terkenal dengan kaum wanitanya yang mempunyai leher panjang yang mengenakan gelong tembaga berwarna emas dileher. Menurut tradisi mereka, gelong emas ini akan dipakai oleh mereka sejak kecil lagi sehinggalah dewasa. Dalam kepercayaan Kaum Karen, wanita yang memiliki leher panjang (jinjang) dianggap lebih cantik dan berstatus tinggi. Sifirnya, wanita yang memiliki leher yang lebih panjang dikatakan lebih cantik dimata kaum lelaki Karen. Di sini, muka bukanlah ukuran untuk nampak cantik bagi wanita Karen, tetapi leher!.

Selain alasan untuk tampak cantik, ada lagi sebab yang lebih unik kenapa kaum Karen mengenakan gelong dileher mereka. Dalam catatan yang lain, budaya turun-temurun ini mempercayai bahawa kaum Karen berasal dari burung Phoenix. Bagi mereka, burung Phoenix adalah nenek moyang wanita yang berpasangan dengan seekor naga yang dianggap sebagai nenek moyang kepada kaum lelaki kaum Karen.

Tidak pasti samaada tradisi memanjangkan leher ini menurut burung Phoenix atau Naga. Namun yang pasti, ini adalah berdasarkan kepercayaan kaum Karen sendiri. Apa pun sejarahnya, yang penting adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menghormati adat, budaya serta tradisi kaum yang lain.

Fungsi lain gelong yang dipakai dileher ini turut digunakan sebagai pelindung oleh kaum Karen. Pada zaman dahulu, kaum Karen masih tinggal di daerah pergunungan dan hutan. Sinonimnya, mereka sering berhadapan dengan ancaman haiwan buas seperti harimau dan beruang. Secara umum, haiwan buas tersebut menyerang manusia pada bahagian leher. Oleh disebabkan itulah gelong-gelong ini turut digunakan sebagai pelindung.

karen2
Sumber: Lai Chan Photos

Kaum Yang Terbuang

Tidak banyak info yang menceritakan tentang kaum Karen. Nukilan paling dekat mengatakan bahawa kaum Karen sebenarnya berasal dari Myanmar. Majoriti kaum dulu tinggal di hutan-hutan di perbatasan antara Thailand dan Myanmar. Namun, selepas berlakunya perang saudara Thailand-Myanmar pada lewat 80an, sebahagian daripada mereka berhijrah ke Thailand.

Suku kaum Karen adalah suku yang memiliki jumlah anggota suku yang terbesar di Thailand iaitu kira-kira 28 ribu orang. Namun begitu, kehadiran mereka di bumi Thailand masih lagi tidak diiktiraf sehingga kini. Menjadi suku yang terbuang, kaum Karen yang tinggal di Thailand tidak memiliki apa-apa identiti kerakyatan. Berdasarkan laporan UNESCO pada tahun 2008, hampir 2 juta suku kaum (termasuk kaum Karen, Lahu Shi Bala, Palong, Hmong, Kayaw, Akha, dan Mien) yang tinggal dipergunungan Thailand tidak mempunyai kad pengenalan diri.

70% daripada mereka tidak mendapat pendidikan asas seperti kanak-kanak Thailand yang normal dan sebanyak 98% tidak mendapat pendidikan tinggi.

karen3
Sumber: FB Jeroong Wia

Dijual Sebagai Sumber Pendapatan

Selain Chiang Rai, Mae Hong Son dan Chiang Mai adalah tempat untuk menjejaki mereka dan juga beberapa perkampungan seperti Huay Pu Keng, Huay Suah Thoh, atau Kayan Pu Keng. Kini, kaum ‘berleher panjang’ semakin diancam kepupusan oleh arus permodenan. Tiada lagi yang asli tinggal di pergunanan dan hutan-hutan. Baki yang tinggal ditempatkan di tempat khas dan dijadikan sebagai pusat tarikan pelancongan oleh Kerajaan Thailand.

Bayaran untuk melihat keunikan budaya dan tradisi kaum berleher panjang ini boleh mencecah sehingga 15 Usd atau 500 bhat, kira-kira RM65.00. Anda yang pernah ada pengalaman bersama mereka boleh kongsikan pengalaman unik anda bersama kami di sini.

Jangan lupa ikuti Vocket di Facebook serta Instagram.