Kementerian Pengangkutan telah mengumumkan bahawa agensi-agensi yang berada di bawah bidangnya akan membuka semula perkhidmatan kaunter kepada orang bermula 1 Julai ini di bawah Fasa 1 Pelan Pemulihan Nasional (PPN) ketika ini.

Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah berkongsi hantaran Facebook mengenai pembukaan semula kaunter mereka dan kali ini pembukaan semula kaunter dilakukan dengan mengikut saranan SOP dari pihak kerajaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pihak JPJ telah meletakkan beberapa info utama bagi memudahkan orang ramai untuk menyelesaikan urusan di kaunter-kaunter mereka seperti berikut:

  1. Hanya urus niaga yang tidak boleh dibuat secara online sahaja yang boleh hadir ke kaunter JPJ.
  2. Waktu operasi terhad dari pukul 9 pagi hingga 4 petang.
  3. Cara pembayaran sama ada tunai atau cashless.
  4. Semua urusan dibuat secara temu janji berjadual sahaja dan walk-in tidak dibenarkan sama sekali. Anda boleh klik pautan berikut mengikut negeri masing-masing untuk membuat temu janji — JPJ Negeri Pahang, JPJ WP Labuan, JPJ Negeri Kedah dan JPJ Cawangan Sri Manjung.

Manakala Puspakom juga dilihat telah mengemas kini info hantaran Facebook pada pukul 10.15 malam semalam bagi memaklumkan kepada orang ramai mengenai pembukaan semula kaunter mereka.

Antara info-info terkini yang dikongsikan oleh pihak Puspakom kepada orang ramai ialah:

  1. Waktu operasi pada hari Isnin-Jumaat bermula 8.00 pagi-5.30 petang, kecuali negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu (Ahad-Khamis, 8.00 pagi-5.30 petang)
  2. Temu janji perlu dibuat terlebih dahulu di MyPUSPAKOM.
  3. Orang ramai perlu mengikut SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
  4. Kenderaan perdagangan yang telah tamat tempoh perakuan pemeriksaan PUSPAKOM pada 1 Jun-31 Julai 2021 perlu mendaptkan ‘Surat Kebenaran Penangguhan Pemeriksaan’ dari JPJ sebelum hadir untuk pemeriksaaan di PUSPAKOM.

Rata-rata pelbagai agensi kerajaan menyarankan orang ramai agar membuat temu janji terlebih dahulu untuk mengawal jumlah kehadiran orang ramai pada satu-satu masa dan memastikan semua urusan dibuat dapat berjalan dengan lancar.

Kami sarankan agar orang ramai untuk mengikuti perkembangan terkini dari semasa ke semasa melalui laman Facebook JPJ Malaysia dan Puspakom bagi kelancaran urusan sebelum hadir ke kaunter agensi-agensi kerajaan tersebut.

Pada April lalu, JPJ mendedahkan bahawa sistem JPJeBID merupakan penyumbang utama kepada pendapatan agensi tersebut.

JPJ Raih Pendapatan RM4.1 Bilion Dengan Sistem JPJeBid Sebagai Penyumbang Terbesar

JPJ Negeri Kedah Berjaya Capai Sasaran, Nombor Pendaftaran ‘KFC’ Raih Kutipan Lebih RM2 Juta