Sejak Greece melakukan kawalan modal bagi menghadapi krisis kewangan negara, bukan sahaja rakyat Greece dihadkan mengeluarkan wang dari mesin ATM tetapi mereka juga tidak dapat melakukan pembayaran di atas talian (online) kerana ia melibatkan transaksi wang keluar dari negara Greece ke syarikat luar negara seperti PayPal, Apple, Ebay dan lain-lain.

Baca: Ini Apa Yang Rakyat Malaysia Perlu Tahu Tentang Krisis Kewangan Greece

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Transaksi sebegitu termaktub dalam arahan kawalan modal iaitu tidak membenarkan mana-mana rakyat Greece melakukan pemindahan wang keluar dari negara. Ini bermakna walaupun rakyat Greece memiliki wang dalam angka-angka digital, syarikat-syarikat luar negara yang mengendalikan perkhidmatan online tidak boleh menerima wang dari rakyat Greece secara sah.

Maka, banyak masalah timbul rentetan dari larangan tersebut. Bayangkan rakyat Greece tidak dapat memperbaharui langganan cloud storage, tidak dapat membeli lagu di iTunes walaupun ia hanya berharga 99 sen, akan kehilangan kebanyakan fail apabila Apple tidak menerima pembayaran dari kad kredit dan tidak boleh menggunakan kad kredit apabila melancong di luar negara.

Walaupun syarikat-syarikat luar negara mahu meneruskan perkhidmatan, mereka tidak mampu berbuat apa-apa apabila ia melibatkan undang-undang sesebuah negara. Paling mengejutkan apabila syarikat-syarikat tersebut tidak menjangkakan perkara seperti ini boleh berlaku.

Nampaknya jika sesebuah negara dilanda masalah seperti Greece ini, ada eloknya rakyat bersedia dengan memiliki akaun di luar negara. Tetapi bolehkah rakyat marhaen membuka akaun di luar negara dengan mudah?

Sumber: Gizmodo, Bloomberg, BuzzFeed

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram