Sebut mengenai Kawasaki, pastinya ramai sudah membayangkan motosikal keluaran jenama ini yang sangat sinonim dengan warna candy lime green. Malah, tidak dinafikan jenama ini turut mengumpul jumlah peminat yang ramai.

Dalam pada itu, meskipun jenama ini dikenali ramai, Kawasaki nampaknya tidak terlepas dengan impak pandemik COVID-19 yang sekaligus membuatkan jenama ini gagal memperoleh jualan seperti tahun-tahun sebelum ini.

Kawasaki-Ninja-1000SX-01
Sumber: MCN

Dilaporkan Kawasaki dijangka rugi sekitar 5 bilion yen pada tahun ini berikutan jumlah penjualan motosikal yang berkurang di Asia Tenggara.

Sebagai usaha untuk memastikan syarikat ini dapat terus kekal, Kawasaki dijangka akan melepaskan perniagaan motosikal dan enjin akan diserahkan kepada sebuah syarikat baharu yang didedikasikan khusus untuk produksi motosikal, enjin, dan jentera off-road empat roda menjelang Oktober 2021.

Setakat ini masih belum diketahui jenama apakah yang bakal mengambil alih perniagaan Kawasaki untuk motosikal dan enjin. Perubahan ini pastinya memberi impak besar kepada pengguna dan jenama ini dalam memastikan Kawasaki terus releven dalam pasaran. Persoalannya, adakah kerjasama Modenas bersama Kawasaki juga bakal berakhir?

Minggu ini turut menyaksikan Nikon Malaysia mengumumkan pemberhentian operasi seawal 1 Januari 2021.

Nikon Malaysia Bakal Hentikan Operasi Bermula 1 Januari 2021

Modenas Sedia Lancar Beberapa Model Kawasaki Pada Tahun Ini

Sumber