Setiap tempat di serata Malaysia, pasti ada lokasi ‘misteri’ yang kerap terjadinya kemalangan lalu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan, bahkan ada yang maut.

Baru-baru ini tular satu berita di mana ada dua buah kereta dilaporkan terjunam ke dalam longkang yang sama dalam tempoh 24 jam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut salah seorang penduduk Kampung Sungai Rinting D di Masai, Johor, kejadian pertama berlaku pada waktu pagi dan kejadian yang sama berulang sekali lagi pada waktu petang keesokkan harinya.

vocket-kereta-terjunam-johor-6-1
Sumber Gambar: Facebook Penduduk Sepang Nilai Dan Banting

Menurut orang ramai yang ‘tahu’ mengenai jalan tersebut, mereka menyatakan memang terdapat beberapa siri kemalangan yang berlaku di lokasi yang sama sejak beberapa tahun yang dulu lagi.

Ada juga berasa pelik bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku kerana lokasi kejadian jauh dari selekoh serta permukaan jalan lurus yang agak baik tanpa kerosakkan yang teruk.

vocket-kereta-terjunam-johor-2
Sumber Gambar: Facebook Harian Metro
vocket-kereta-terjunam-johor-1
Sumber Gambar: Facebook Harian Metro
vocket-kereta-terjunam-johor-3
Sumber Gambar: Facebook Aleef Effendi
vocket-kereta-terjunam-johor-4
Sumber Gambar: Facebook Harian Metro
vocket-kereta-terjunam-johor-10
Sumber Gambar: Facebook Info Bencana Pahang Dan Luar Pahang
vocket-kereta-terjunam-johor-11
Sumber Gambar: Harian Metro

Menurut laporan Harian Metro, Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) membuat keputusan akan membina bebendul jalan berhampiran longkang besar di Kampung Sungai Rinting D demi keselamatan pengguna jalan tersebut.

Wakil MBPG turut mengadakan tinjauan ke lokasi berkenaan bagi mengenal pasti tahap keselamatan laluan berkenaan susulan dua kejadian kereta terjunam ke longkang besar di situ.

Menurutnya, kawasan kemalangan terbabit adalah jalan yang lurus dan agak jauh dari selekoh serta mempunyai penghadang jalan setinggi satu meter bersebelahan longkang itu.

Kejadian sebuah Myvi ‘terbang’ secara tiba-tiba, lalu merempuh bahagian kiri jalan telah dirakam  pada dashcam pemandu lain.

Myvi ‘Terbang’ Secara Tiba-Tiba Cetus Pertikaian Antara Netizen

Entiti Misteri Dirakam Bertenggek Atas Lori Sampah Jadi Bualan Netizen

 

Sumber