Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggalakkan mana-mana atlet untuk mengenakan pakaian patuh syariah ketika menyertai pertandingan sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Berdasarkan kenyataan YB Syed Saddiq selaku Menteri Belia dan Sukan, pihak kerajaan bakal menyokong penuh pilihan pakaian yang dipilih atlet. Menurut beliau, sumbangan kepada pihak atlet kepada negara antara yang menjadi kayu ukur.

A Day In The Life Of Malaysia’s Youngest-Ever Cabinet Minister Syed Saddiq
Sumber: The Star

Kenyataan yang dibuat ini sekaligus menjawab persoalan wakil pihak pembangkang yang meminta KBS menyatakan rancangan dan usaha memperkenal pakaian patuh syariah bagi semua aktiviti dan pertandingan sukan yang dianjurkan di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

Melihat kepada keputusan yang disebutkan Kementerian Belia dan Sukan, mungkin kita akan melihat lebih banyak atlet Muslim yang mengenakan pakaian patuh syariah selepas ini.

Dalam perkembangan e-sukan pula, AmTuah selaku pemain yang pernah mewakili Malaysia dalam game FIFA telah menjadi bualan netizen berikutan sikap beliau baru-baru ini. Turut dikongsikan wanita cantik yang turut menjadi perbincangan netizen selepas bergambar sebelah YB Syed Saddiq.

Didakwa Tidak Hormat Pihak Lawan, AmTuah Tampil Buat Penjelasan

Gambar Bersama Syed Saddiq, Siapa Sebenarnya Wanita Cantik Berbaju Kebaya Ini?

Sumber