Umum tahu Wuhan menjadi saksi kepada penularan wabak COVID-19. Bermula dengan pengambilan haiwan eksotik serta keadaan kawasan yang tidak bersih dikatakan antara yang menjadi punca. Siapa sangka, kes yang bermula dari Wuhan ini terus merebak ke serata dunia sehingga WHO mengesahkan COVID-19 sebagai pandemik.

Melihat kepada peningkatan kes COVID-19, kerajaan China telah mengisytiharkan arahan lockdown sekitar Wuhan dalam usaha memutuskan rantaian wabak ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

76 hari berlalu sejak hari pertama lockdown dijalankan, pihak kerajaan China telah mengumumkan perintah lockdown di sekitar Wuhan ditamatkan. Reaksi penduduk Wuhan beberapa jam selepas arahan ini diumumkan jelas mengejutkan dan menakutkan orang ramai seluruh dunia.

Berdasarkan video yang dikongsikan, dapat dilihat jalan raya di Wuhan kembali sesak manakala orang ramai berpusu-pusu keluar bagi ‘meraikan’ bandar mereka yang bebas daripada COVID-19.

Bukan itu sahaja, dilaporkan lebih 65,000 penduduk yang berada di Wuhan sewaktu lockdown telah mula berangkat keluar dari bandar tersebut menggunakan kereta api dan kapal terbang.

 

Wuhan after lockdwon 2
Situasi di lapangan terbang Wuhan sebaik sahaja perintah lockdown ditamatkan. Sumber: SCMP
Wuhan after lockdwon
Sumber: SCMP

Situasi yang berlaku ini bukan sahaja meningkatkan peluang kes COVID-19 kembali meningkat, malah turut menimbulkan kerisauan buat orang ramai yang berharap tiada lagi gelombang baharu dari negara China.

Melihat kepada bagaimana penduduk Wuhan ‘meraikan’ bandar mereka ‘bebas’ daripada COVID-19, mungkin insiden ini dapat dijadikan pengajaran buat rakyat Malaysia sebaik sahaja arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.

Sekitar minggu lalu, China telah menerima 54 kes terbaru sebaik sahaja mengumumkan negara mereka bebas COVID-19. Turut dikongsikan, warga China rai bebas COVID-19 dengan membuka semula pasar basah haiwan eksotik.

Baru Sahaja Umum Bebas COVID-19, China Terima 54 Kes Terbaru

Warga China Rai Bebas COVID-19 Dengan Membuka Semula Pasar Basah Haiwan Eksotik

Sumber