Semalam tular beberapa keping gambar dan video sebuah Lamborghini Aventador S berwarna kuning mengalami kemalangan di depan Petronas Jalan Maarof, Bangsar.

Tetapi keadaan kemalangan yang unik ini telah menarik perhatian pengguna media sosial apabila kereta tersebut kelihatan seperti sedang ‘parking’ pada pembahagi jalan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
vocket-aventador-kemalangan-4
Sumber Gambar: Facebook
vocket-aventador-kemalangan-2
Sumber Gambar: Facebook

Ramai pengguna internet berasa pelik bagaimana kereta bernilai sekitar RM2 juta mengalami insiden ini. Jika sekali pandang, kereta ini seperti tidak mengalami apa-apa kerosakan pada bahagian hadapan mahupun belakang kereta.

vocket-lamborghini-aventador-kemalangan-bangsar-1
Sumber Gambar: Facebook
vocket-lamborghini-aventador-kemalangan-bangsar-3
Sumber Gambar: Facebook
vocket-lamborghini-aventador-kemalangan-bangsar-4
Sumber Gambar: Facebook

Jika tiada perhiasan pokok di atas pembahagi jalan, sudah pasti kereta Lamborghini ini akan mengalami kerosakan lebih teruk kerana melanggar tiang lampu yang ada di hadapannya.

Persoalannya sekarang, bagaimana kereta Lamborghini ini boleh naik pembahagi jalan tanpa ada kesan kerosakan?

Pada hari Ahad lalu berlakunya pergaduhan antara dua geng yang melibatkan beberapa kenderaan melanggar antara satu sama lain.

Seperti Permainan ‘Mario Kart’, Beberapa Buah Kereta Berlanggar Sama Sendiri Semasa Pergaduhan

Sering Tayang Video Pandu Kereta Laju, Lelaki Ini ‘Kantoi’ Bila Polis Jumpa Bahan Bukti

Baru Sahaja Kemalangan Melibatkan Lamborghini, Penyanyi Ini Masih Boleh ‘Joget’ Dalam Hujan