Nampaknya kita akan dapat melihat Keanu Reeves kembali beraksi sebagai John Wick sekali lagi selepas Lionsgate mengesahkan John Wick: Chapter 3 akan ditayangkan di pawagam pada 17 Mei 2019.

Ianya pasti mengujakan peminat franchise ini. Kalau anda masih ingat pengakhiran John Wick: Chapter 2, beliau kini menjadi buruan setiap pembunuh upahan The Continental kerana melanggar peraturan. Masih belum tengok Chapter 2? Tidak mengapa sebab anda ada masa 2 tahun lagi sebelum Chapter 3 berada di pawagam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Chad Stahelski akan kembali ke kerusi pengarah dan begitu juga penulis skrip siri ini, Derek Kolstad. Chad berkata beliau akan memastikan Chapter 3 akan lebih banyak aksi berbanding dua filem sebelum ini.

Pada bulan Jun lalu, dikhabarkan siri TV John Wick sedang dalam perancangan namun masih tiada berita bila ianya akan mula pengambaran. Jika siri TV nya ada, sedikit sebanyak dapat mengisi masa kita sementara menunggu Chapter 3. Buat masa sekarang, mungkin boleh ulang kembali tonton Chapter 1 dan Chapter 2. John Wick ini antara filem yang bila ditonton berulang kali pun tak bosan.

BACA: ‘John Wick’ Bakal Diadaptasikan Ke Siri TV Pula