Tiada yang lebih mengembirakan peminat setia Matrix apabila pelakon utamanya, Keanu Reeves bakal kembali memegang watak Neo untuk Matrix 4.

Lana Wachowski akan menulis dan mengarah filem ke-4 Matrix ini dan aktor asal yang lain seperti Carrie-Anne Moss turut akan kembali sebagai Trinity.

Sejak diumumkan projek Matrix 4 ini beberapa bulan yang lalu, ramai yang mahukan Keanu Reeves kembali sebagai Neo. Kini dengan Lana sebagai pengarah, ianya pasti akan mengembalikan kegemilangan franchise ini serta menarik minat golongan muda untuk siri ini.

Ketika dilancarkan pada tahun 1999, siri The Matrix merupakan karya yang ahead of its time. Dengan perkembangan dunia CGI pada ketika ini, pasti Matrix 4 akan jadi lebih hebat daripada 3 filem Matrix sebelum ini.

“Lebih 20 tahun yang lalu, saya dan adik, Lilly mempunyai visi yang realitinya lebih relevan pada hari ini. Saya sangat gembira kerana dapat peluang untuk menghidupkan watak-watak ini kembali dan dapat bekerjasama dengan pelakon-pelakon hebat ini kembali,” kata Lana.

Jika semuanya berjalan lancar, filem ini dijangka akan memulakan penggambaran pada tahun 2020. Selamat kembali, Neo.

https://twitter.com/stevendlg_/status/1163952220951535617