Nampaknya filem animasi terbitan Pixar dan Disney iaitu Toy Story 4 bakal mempunyai pertambahan pelakon. Baru-baru ini pelakon suara yang memegang watak Buzz Lightyear, Tim Allen memberitahu pelakon Keanu Reeves bakal muncul di dalam filem animasi ini.

Beliau mengesahkan dalam sebuah rancangan ‘The Tonight Show’ yang mengatakan pelakon terkenal dalam filem John Wick dan Matrix ini akan memegang watak penting dalam filem ini. Walaubagaimanpun, Allen masih merahsiakan watak apa yang dipegang oleh pelakon bintang dimainkan kepada peminat.

Minggu lalu, trailer pertama untuk Toy Story 4 telah dimuat naik serta mendedahkan watak baru Forky selaku grapu plastik yang telah diubah menjadi mainan sebagai projek kraf. Filem yang diarahkan oleh Josh Cooley ini bakal ditayangkan pada 21 Jun 2019 dikatakan bakal mempunyai ending yang sangat menyedihkan.