Keanu Reeves. Sebut sahaja nama ini dan filem-filem lakonan beliau seperti The Matrix, Bill & Ted dan banyak lagi akan bermain di minda anda. Terbaru, beliau paling akan diingati sebagai John Wick yang bakal menjalani penggambaran filem keempatnya dalam masa terdekat.

Walaupun bergelar status pelakon gred A di Hollywood dan berwajah kacak di usia 54 tahun, namun menerusi temu bual beliau bersama The Jakarta Post, beliau mengakui dirinya seorang yang lonely guy dan tidak mempunyai teman hidup sehingga kini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Keanu jarang berkongsikan kisah peribadinya bersama media tetapi entah mengapa beliau terdetik untuk menjawab ketika diajukan soalan ini ketika temu bual bersama The Jakarta Post.

Ketika ditanya ‘apa maksud cinta bagi kamu?’, Keanu menjawab “Maksud kamu cinta yang romantik? Saya seorang lelaki yang hidup kesepiaan. Saya tiada sesiapa dalam hidup ini. Tetapi jika ianya terjadi, saya akan terus menghargai dan mencintainya. Harap perkara itu akan berlaku kepada saya.”

https://twitter.com/Keanuital/status/1133415624653312000

https://twitter.com/davidstassen/status/1134198214775586817

“Saya tidak begitu kisah tentangnya. Saya seorang pelakon dan sekiranya anda bertanyakan tentang cinta, saya tiada jawapan untuk perkara tesebut,” tambah Keanu.

Keanu kini hidup penuh down to earth di Hollywood dengan melakukan rutin harian di sana. Beliau masih membeli surat khabar di pagi hari dan menaiki motosikal jenamanya, Arch Motorcycle di waktu lapang.

Jika anda bakal dihujani soalan ‘Bila hendak kahwin?’ hari raya ini, jawablah lelaki kacak dan berpengaruh seperti Keanu Reeves juga masih single; dan seperti juga Keanu, anda sedang mencari pasangan yang terbaik untuk hidup bersama. Walaupun anda mungkin perlu menunggu sehingga usia 50an.