Kalau bercakap tentang Jepun kita tidak boleh lari daripada teknologi negara mereka, kebersihan, keindahan bunga sakura, anime dan paling penting mestilah makanan mereka seperti sushi, oden dan ramen.

Anda perasan tidak, kalau anda makan di restoran makanan Jepun mereka mesti akan hidangkan teh hijau. Teh hijau ini banyak khasiatnya, dan menjadi salah satu penyumbang kepada kadar panjang panjang umur masyarakat di sana.

Tapi itu teh hijau di Jepun, mana nak cari teh hijau yang sama kat Malaysia? Takkan nak kena terbang pergi sana pula! Jawapannya ada dalam setiap botol OYOSHI Green Tea!

OYOSHI Green Tea, rasa teh hijau asli yang Beyond Delicious!

20190716_143513-1-630×473

Anda peminat teh hijau? Sudah pernah rasa macam-macam teh hijau tapi tidak semua kena dengan tekak? Mungkin anda perlukan OYOSHI Green Tea!

OYOSHI Green Tea merupakan teh hijau yang mempunyai rasa dan aroma seperti teh hijau asli dari Jepun. Mempunyai 5 variasi rasa utama iaitu original, honey lemon, laici, sakura strawberi dan teh hitam. Setiap tegukan, anda pasti akan merasai kelainannya!

Apa yang buatkan OYOSHI Green Tea ini lagi ummphh, ianya dituai daripada teh organik yang berkualiti dan dibru 100 peratus! Sebab itu kalau anda minum OYOSHI Green Tea boleh feeling-feeling macam di Jepun. Rasa dan aromanya yang asli pasti memikat selera anda!

Ini kami share dengan anda variety rasa yang ditawarkan OYOSHI Green Tea dan pilihan makanan yang ngam apabila makan bersama:

OYOSHI GREEN TEA ORIGINAL

Screenshot 2019-07-23 at 3.35.25 PM

Perisa asli OYOSHI Green Tea, pilihan makanan yang best apabila makan bersama semestinya sushi. Sushi merupakan gabungan nasi, cuka, garam serta pelbagai ramuan segar bermusim terdiri daripada makanan laut, sayur-sayuran, cendawan telur dan daging.

OYOSHI Green Tea Original ini kalau minum, dapat membantu meneutralkan kembali mulut anda selepas anda makan sushi.

OYOSHI GREEN TEA HONEY LEMON (LEMON MADU)

Screenshot 2019-07-23 at 3.34.47 PM

OYOSHI Green Tea Honey Lemon (Lemon Madu) pilihan makanan yang sesuai untuk dijamu bersama ialah mi udon. Udon ialah mi yang bersaiz besar dan tebal. Selalunya udon ni akan dihidangkan bersama sup panas panas seperti kake udon dan kakejiru.

OYOSHI Green Tea Honey Lemon ini memberikan aroma rasa teh hijau Jepun dengan lemon segar dan kemanisan asli daripada madu lebah.

OYOSHI GREEN TEA LAICI

Screenshot 2019-07-23 at 3.34.09 PM

Siapa yang tidak tahu tentang takoyaki? Makanan ringan berbentuk bulat yang diperbuat daripada tepung gandum dan diisi dengan sotong kurita. Toppingnya pula ada sos takoyaki, aoning dan bonito kering.

Kalau anda suka makan takoyaki jangan lupa minuman OYOSHI Green Tea Laici sebagai gandingan bersama kerana perisa laici ni mempunyai aroma wangi green tea dan rasa buah laici yang pasti membuatkan anda rasa tidak cukup kalau minum sekali sahaja.

OYOSHI GREEN TEA SAKURA STRAWBERI

Screenshot 2019-07-23 at 3.33.24 PM

Bila ingat kuih mochi mesti teringat kuih bulat comel yang mempunyai pelbagai warna. Kuih mochi ni diperbuat daripada beras pulut, mochi ini kalau di Jepun selalu dimakan semasa perayaan istimewa.

Tapi kalau di Malaysia anda boleh sahaja nak makan bila-bila masa, nak lagi best makan masa minum petang lepas itu minum pula OYOSHI Green Tea Sakura Strawberi. Aroma teh hijau dan strawberi sakura pastinya membuatkan anda rasa diawangan macam di Jepun.

OYOSHI BLACK TEA (TEH AIS LEMON)

Screenshot 2019-07-23 at 3.32.38 PM

Kalau anda peminat setia nasi, nak try makan nasi ala-ala Jepun? Anda kena cuba donburi, sajian nasi kukus yang digaul bersama ayam, udang, daging dan sayuran. Kuah donburi pula selalunya ialah campuran kicap masin dan mirin.

Gadingan terbaik untuk donburi pastinya OYOSHI Black Tea dengan rasa teh ais lemon. Rasa segar black tea pasti menaikkan selera anda ketika menikmati makanan.

Produk OYOSHI Green Tea ini didatangkan dengan dua size utama iaitu 380ml dan 1 liter. Kalau anda memang pengemar rasa green tea asli Jepun jangan lepaskan peluang anda untuk dapatkan produk OYOSHI Green Tea di kedai berhampiran anda, hari ni juga!

Jom singgah booth OYOSHI Green Tea di Japan Expo Malaysia 2019. Ada banyak aktiviti best!

expo

Ada lagi perkara best tentang OYOSHI Green Tea kami nak share dengan anda. Sempena Japan Expo Malaysia 2019 (JEMY 2019) yang akan diadakan pada 26 hingga 28 Julai 2019 di Pavilion Kuala Lumpur, anda jangan lupa singgah ke booth OYOSHI Green Tea.

Ada banyak aktiviti menarik yang menanti anda dan anda juga berpeluang bawa pulang hadiah menarik. Bagaimana caranya? Mudah sahaja, anda hanya perlu membeli 2 produk Oyoshi untuk mendapatkan 1 peluang putar Gachapon dan berpeluang untuk memenangi Nintendo Switch dan barangan Oyoshi. Malah, anda juga boleh dapatkan lukisan karikatur anda di booth Oyoshi.

Jadi, jangan lupa set date anda untuk berkunjung ke booth OYOSHI Green Tea di Japan Expo Malaysia 2019. Untuk maklumat lanjut mengenai produk OYOSHI Green Tea atau contest yang mereka anjurkan jangan lupa untuk follow Facebook OYOSHI Malaysia.