Ahli pemuliharaan Erik Meijaard memberi hujah bahawa majoriti kawasan pembakaran berlaku di luar daripada ladang konsesi pemegang perladangan besar dan ini menunjukkan pembakaran itu kadang-kadang seperti bersifat suka-suka (just for fun).

“Sesiapa yang pernah menghabiskan masa di Kalimantan atau Sumatera semasa musim kering tahu bahawa membakar tanah pertanian, untuk memburu, atau hanya untuk keseronokan adalah hobi kegemaran ramai.” ujar Erik Meijaard.

ABDUL QODIR/AFP/Getty Images
ABDUL QODIR/AFP/Getty Images

The Economist berpendapat bahawa “semua orang tahu” kebakaran hutan hanya ditetapkan untuk membersihkan tanah bagi tujuan perladangan, tetapi hasil jerebu yang terhasil adalah lebih daripada itu.

Menurut Meijaard lagi, pihak kerajaan mesti mengambil serius tentang larangan pembakaran dan mengambil kira tindakan ke atas kos pembangunan (sama ada tebang-dan-bakar atau pembangunan pantai tanah gambut). Masalah kebakaran dan jerebu di Indonesia ini begitu kompleks dengan pelbagai peranan pihak-pihak terlibat. Fokus kepada konsesi besar juga tidak mengurangkan masalah tersebut.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber