Situasi COVID-19 dan perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan sejak pertengahan Mac lalu nyata mengubah pemandangan dan suasana dalam negara kita.

Antara yang paling terkesan sudah pastinya ibu kota Kuala Lumpur. Bukan sahaja kedai-kedai dan pejabat terpaksa ditutup namun penghuni kota yang suatu ketika dahulu ‘tidak pernah tidur’ ini juga seakan terkesan dengan pelbagai sekatan.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →
raihan2

FOTO: Raihan Talib (Facebook)

Namun cabaran yang dialami ketika situasi PKP ini tidak menjadi halangan buat Raihan Talib atau nama sebenarnya Raihan bin Mohammed @ Talib, 47 tahun yang berjaya mengambil kesempatan untuk merakam kesunyian ibu kota ketika melakukan perkhidmatan penghantaran di sekitar Lembah Klang.

Koleksi gambar-gambar sekitar ibu kota yang lengang sebelum ini yang dikongsikan di Facebook miliknya mula mendapat perhatian netizen dan juga media-media tempatan yang rata-rata mengagumi hasil kerjanya.

raihan talib

FOTO: Raihan Talib

Bercerita kepada Vocket, Raihan yang sebelum ini bekerja sebagai jurugambar mendedahkan kebanyakan gambar-gambar tersebut diambil melalui dari dalam keretanya ketika melakukan kerja-kerja penghantaran sekitar ibu kota.

“Kalau boleh memang nak bawak kelengkapan kamera tapi bagi saya tak berapa sesuai sebab takut nanti mungkin akan menganggu kerja-kerja penghantaran.

“Jadi dengan apa yang ada saya nekad dan cuba utk mendapatkan gambar yangg bermain difikiran saya dan kebanyakan gambar seperti dilihat kebanyakannya diambil dari dalam kereta,” katanya ketika dihubungi Vocket.

raihan1

FOTO: Raihan Talib (Facebook)

Walaupun hanya menggunakan kamera telefon pintarnya, namun Raihan menjelaskan dia masih lagi melakukan suntingan menggunakan aplikasi Lightroom.

Beliau bagaimanapun menjelaskan hanya sedikit sahaja penambahbaikan dilakukan bagi mengekalkan keaslian gambar-gambar yang telah diambilnya sebelum itu.

“Untuk kekal kan originality saya hanya buat minor adjustment on brightness, contrast dan colour.

“Dan sedikit adjustment on distortion line…sbab gambar landscape ni kena check juga distortion,” jelasnya.

Kepada anda yang masih belum melihat perkongsian asal yang dibuat beliau di Facebook sebelum ini bolehlah melihat kesemua 26 gambar sekitar ibu kota yang mungkin boleh menjadi kenangan berharga bagaimana Kuala Lumpur menjadi sunyi dan lengan tanpa pengunjung di pautan di bawah.

My version of KL street captured during the MCO 2020 (Movement Control Order) while doing a delivery services around Klang Valley. All shots taken from a Samsung Smartphone camera.

Posted by Raihan Talib on Sunday, 10 May 2020

Lihat juga perkongsian daripada jurugambar ini yang berjaya merakam detik manis pasangan ini yang berkahwin ketika PKP dengan hanya menggunakan masa yang terhad. Baca mengenainya di pautan di bawah.

Cuma Perlu Waktu Yang Singkat, Jurugambar Ini Kongsi Gambar ‘Memorable’ Pengantin #NikahPKP

Jurugambar Ini Serlahkan Kreativiti Tangkap Gambar Gunakan FaceTime Menerusi Sesi ‘Photoshoot Online’

Anda Mungkin Suka