Semalam penuh di timeline saya berkenaan gambar seorang budak yang memegang tangan ibunya yang putus akibat perperangan di Syria. Penulisan yang sama bagi setiap page yang kongsi gambar ini iaitu,

“Satu gambar realiti dari Aleppo, Syria. Seorang kanak-kanak terselamat dari pengeboman oleh tentera Bashar Assad laknatullah di rumahnya. Ibu, ayah dan adik beradiknya semua meninggal dalam tragedi tersebut. Dengan perlahan dia keluar dari rumah sambil membawa TANGAN IBUNYA YANG TERPUTUS. Mohon kepada Allah agar dia tidak menjadi mangsa seterusnya. AMIN.”

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

ALeppo Ustaz

Cliche. Merasakan gambar ini saya pernah lihat sebelum ini, saya membuat sedikit carian di Google. Ternyata semua ini adalah PALSU atau FAKE. Gambar ini mungkin mereka ambil di laman Pinterest ini.

Aleppo Kid

Kemusykilan saya yang pertama ialah kenapa budak tu makan tangan mak dia? Kemudiannya kenapa background tempat budak tu berdiri tak nampak macam sisa bangunan runtuh pun? Kenapa budak tu tak ada langsung debu kesan runtuhan dari rumahnya?

Jadi ini semua adalah rekaan mereka yang tidak bertanggungjawab yang menagih share, likes dan sebutan ‘Amin’. Mungkin mereka mahukan trafik ke laman Facebook mereka tapi bukan dengan cara ini. Ramai yang kongsi gambar ini di akaun Facebook mereka termasuklah page Ustaz Abdullah Khairi (bukan page rasmi Ustaz Abdullah Khairi) dengan 13 ribu share dan page Wan Muhammad Faiz dengan 1.7 ribu share.

Saya harap admin di dua laman ini dapat remove posting berkenaan kerana ianya menimbulkan kekeliruan buat pembaca di Facebook. Jangan kata saya tidak sensitif dengan apa yang berlaku di Syria. Ada cara yang lebih baik untuk kita create awareness tentang apa yang terjadi di Syria. Kita sebagai manusia tak terlepas daripada membuat kesilapan.

Jadi, saya harap selepas ni kita tidak kongsi secara melulu perkara-perkara seperti ini. Mungkin boleh buat kajian dahulu sebelum kita kongsi di FB. Berhati-hati ya? Kalau kongsi video Faizal Tahir menyanyi untuk anak-anak Syria ini pun ok. Respect pada Faizal Tahir. #PrayForSyria #PrayForTheWorld

Sumber