Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Antara dugaan yang paling pedih untuk dilakui sepanjang hampir dua tahun COVID-19 menyerang Malaysia adalah kita diminta untuk kekal duduk di rumah dan dilarang untuk merentas negeri. Nikmat yang ditarik lama ini telah meninggalkan kita dengan rasa sayu dan sedih apabila terdapat beberapa perayaan yang terpaksa kita lalui sendirian tanpa ibu bapa di sisi.

Namun, sejak negara sudah mencapai tahap peratusan vaksinasi yang tinggi. Akhirnya ada sinar di hujung lorong bagi orang-orang yang bersabar.

Semalam, melalui ciapan ringkas Mohd Redzuan Abdul Manap, wartawan dan editor, difahamkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri menyatakan bahawa masa untuk rakyat Malaysia rentas negeri dan pulang ke kampung semakin hampir.

“Saya percaya masa untuk rentas negeri sudah hampir. Saya akan immediately umum kebenaran rentas negeri apabila sampai 90 peratus,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Redzuan.

Ciapan tersebut mendapat reaksi positif dari netizen dengan kebanyakkan daripada mereka sudah bersiap-siap untuk mengemas beg dan bersedia untuk pulang kampung. Sebahagian pula menyatakan bahawa mereka hampir dua tahun tidak bersemuka dengan ibu bapa yang tinggal di negeri lain.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menyatakan negara kini mencatatkan peningkatan dengan 86.8 peratus populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi mereka. Menerusi perkongsian di Twitternya, Khairy menjelaskan, hanya empat peratus lagi diperlukan bagi menarik semula larangan rentas negeri.

“Dengan lebih banyak kelonggaran yang diberikan, pastinya aktiviti berkumpulan akan dilakukan. Sehubungan itu, setiap rakyat Malaysia perlu bertanggungjawab terhadap tindakan masing-masing.

“Mereka yang mengalami simptom perlu segera mendapat dan melakukan ujian saringan melalui kit kendiri. Sekiranya didapati positif, segera lakukan proses isolasi,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian.

Dengan perkembangan positif ini dan kebenaran rentas negeri yang bakal diberikan. Diharapkan semua rakyat Malaysia terus menjaga diri bagi memastikan usaha kita selama ini dalam melawan COVID-19 tidak disia-siakan.

Terdahulu, dua pasangannyang popular di Instagram telah dipanggil oleh pihak polis akibat didakwa merentas negeri untuk berbulan madu. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Rentas Negeri Untuk Bulan Madu, Pasangan ‘Instafamous’ Ini Dipanggil Pihak Polis

Rentas Negeri Ketika Aidilfitri, Polis Akan ‘Singgah’ Rumah Banyak Kereta

Influencer Kembali Jadi Buah Mulut Netizen, Kali Ini Kerana Konten ‘Alasan Rentas Negeri’

Anda Mungkin Suka