Sejak wabak COVID-19 menjadi pandemik, pastinya apa yang diharapkan oleh ramai adalah vaksin dalam usaha untuk membasmi wabak ini secara sepenuhnya.

Rusia pada minggu ini telah mengumumkan vaksin COVID-19 sekaligus menjadi negara pertama memperkenalkannya secara rasmi. Pengumuman daripada presiden Rusia, Vladimir Putin mengenai vaksin COVID-19 nyata memberi sinar harapan dan kegembiraan buat orang ramai seluruh dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

200811-putin-editorial

Tidak mahu melengahkan penawaran vaksin, pihak WHO dilaporkan sedang bekerjasama dengan pihak Rusia dalam menguji keberkesanan vaksin yang dinamakan sebagai Sputnik V.

Keberkesanan vaksin ini secara tidak langsung bakal memberi kelebihan buat Rusia serta membuatkan negara ini lebih kaya melihatkan kepada jumlah permintaannya yang tinggi seluruh dunia.

Di sebalik ujian yang dijalankan, terdapat pihak luar termasuk para saintis yang kurang yakin dengan vaksin Sputnik V serta mendakwa vaksin COVID-19 keluaran Rusia belum dibuktikan keberkesanannya. Pemilihan Rusia untuk melancarkan vaksin terlalu awal sebelum diuji sepenuhnya mengikut prosedur serta fasa yang ditetapkan antara yang dipersoalkan.

117343437_3315240538562469_3679207139457093568_o
Sumber: Facebook Vladimir Putin

Kenyataan yang dibuat nyata mengundang pelbagai respon di kalangan orang ramai dimana dakwaan yang dibuat dikatakan sekadar untuk menghalang usaha Rusia untuk menawarkan vaksin terlebih dahulu sebelum Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, sekiranya dibuktikan vaksin Sputnik V tidak berkesan, jelas vaksin ini tidak akan digunakan serta menggugat kepercayaan orang ramai terhadap vaksin keluaran Rusia ini.

Setakat ini, meskipun pihak Rusia sudah mendaftarkan vaksin Sputnik V sebagai vaksin COVID-19 pertama dunia, vaksin ini masih lagi diuji sebelum ditawarkan kepada orang ramai seluruh dunia.

Sekitar April lalu, Bill Gates dijangka akan mengeluarkan vaksin COVID-19 seawal tahun hadapan.

Vaksin COVID-19 Keluaran Bill Gates Dijangka Tiba Seawal Setahun Lagi

Vaksin COVID-19 Mungkin Tidak Dapat Ditemui Menurut Saintis Amerika Syarikat