Akhirnya, saat yang dinanti-nantikan telah tiba. Filem Dolittle telah ditayangkan di pawagam terdekat anda. Pastinya anda peminat Robert Downey Jr. telah lama menantikan buah tangan terbaharu beliau selepas Avengers: Endgame.

Sedikit sinopsis filem ini adalah berkisahkan tentang Dr. John Dolittle yang terkenal boleh merawat manusia dan haiwan dengan baik serta boleh berinteraksi dengan haiwan. Disebabkan itu, Ratu England telah memberikan beliau sebuah rumah agam untuk beliau dan haiwan-haiwan kesayangannya tinggal bersama.

Akan tetapi, berlaku satu peristiwa yang menyebabkan beliau tidak mahu lagi merawat manusia dan haiwan di luar. Sehinggalah pada satu hari, Ratu England jatuh sakit dan memerlukan kepakaran Dolittle merawatnya. Kemudian, bermulalah penggembaraan Dolittle dan haiwan-haiwan kesayangannya untuk mencari penawar buat Ratu England.

Apa yang terjadi selepas itu? Anda haruslah menontonnya sendiri kerana kami hanya akan menyentuh beberapa aspek dalam filem ini. Jangan risau kerana kami tidak akan memberikan spoiler dalam penulisan ini. Sudah bersedia? Mari kita mulakan.

1. Jalan cerita

merlin_166850310_727634b6-bedd-412b-8865-03b91da71f9c-superJumbo
Sumber: NYTimes

Filem Dolittle ini digarap dengan baik dan padat dengan penceritaan serta mudah difahami. Bagi kami, plot filem dari menunjukkan kebolehan Dolittle hingga ke penggembaraan beliau disusun dengan baik.

Malah, pelbagai adegan yang melucukan dalam filem ini pasti buat anda tertawa. Lawak yang diketengahkan ‘just nice’ menjadikan filem ini tidak bosan. Apakah cabaran-cabaran yang mereka tempuhi? Anda kena lihat sendirilah.

2. Character development

2499_FP_00295
Sumber: Polygon

Pastinya anda dapat lihat yang flow pengenalan setiap watak dilakukan dengan baik. Disebabkan itu, setiap watak dapat ditonjolkan dengan sangat baik kerana memiliki karakter-karakter tersendiri.

Malah, setiap watak haiwan-haiwan kesayangan Dolittle dapat dilihat kerana setiap haiwan memiliki karakter berbeza dan seperti memiliki sifat manusia. Boleh dikatakan setiap karekter menjadi penyeri dalam filem ini.

3. Robert Downey Jr.

dolittle-movie-robert-downey-jr-1
Sumber: Collider

Bagi kami, Robert Downey Jr. berjaya membawa wataknya dengan baik sekali. Anda akan dapat lihat sisi lain Robert Downer Jr. dalam filem ini.

Boleh dikatakan watak Dolittle lebih lucu tetapi tampil berintegriti. Kiranya watak ini berbeza dengan karakter yang pernah beliau lakonkan sebelum ini.

4. Penuh emosi

robert-downey-doolittle-5-1580221886
Sumber: Polygon

Seperti kami katakan tadi, Dolittle berhenti untuk merawat manusia dan haiwan di luar, bukan? Kemalangan yang menyebabkan beliau kehilangan orang yang disayangi bermain dengan emosi kami.

Pastikan anda membawa tisu kerana jika tiba-tiba mata anda berkaca sudah boleh lap air mata. Bukan itu sahaja, filem ini turut penuh dengan mesej pengajaran yang baik untuk anak-anak anda.

Satu pengakhiran bukanlah pengakhiran tetapi satu permulaan. Anda akan faham apabila menonton filem ini. Akhir kata, kami memberikan filem ini 7/10 bintang dan anda perlu tonton filem ini di pawagam.

Anak-anak anda pastinya akan terhibur gembira menonton filem ini dan anda juga akan ‘immersed’ menonton filem ini. Sudahkah anda sudah bersedia menggembara bersama Dolittle?

Apa kata klik pautan di bawah untuk baca lebih artikel di Vocket berkaitan filem Dolittle.

Lihat Kebolehan Luar Biasa Robert Downey Jr. Dalam Trailer Dolittle

Tonton Trailer Pertama ‘Dolittle’ Menampilkan Robert Downey Jr.

Sumber