Muhammad Haryz Nadzim Mohd Hilmy Naim, kanak-kanak berusia 4 tahun telah mencipta sejarahnya tersendiri sebagai ahli termuda dalam persatuan IQ tinggi global, Mensa.

Beliau yang memilik IQ sebanyak 142 dalam ujian Stanford Binet, Haryz mula ditawarkan keahlian di dalam persatuan ini pada 14 Januari lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Sinar Harian, ibunya, Nur Anira Asyikin Hashim, 30 mendedahkan rahsia bahawa anaknya mula terdedah dengan buku seawal umur 2 tahun.

Menurut ibunya, Haryz sangat gemar membaca buku sebelum tidur dan beliau akan menghabiskan sekurang-kurangnya dua buah buku dalam masa satu hari.

Beliau banyak menghabiskan masa menelaah buku-buku karya Julia Donaldson antaranya ialah Zog, The Gruffalo dan The Gruffalo Child.

Muhammad Harzy yang lahir di United Kingdon menurut ibunya mempunyai kekuatan dalam mengingat setiap perkara yang diceritakan oleh mereka.

Tambah ibunya lagi, setiap kali mereka membacakannya buku. Anaknya akan cuba mengulang kembali apa yang diceritakan oleh ibu bapanya dengan lebih terperinci.

Ibunya mula memahami tentang kelebihan Harzy apabila diberitahu oleh guru sekolahnya setelah melihat kelakuan anaknya berlainan daripada kanak-kanak lain.

Pihak sekolah memberi cadangan agar Harzy dirujuk ke pakar dan daripada situ titik pertemuan dengan Mensa bermula.

Nur Anira Asyikin, bersama suaminya, Mohd Hilmy Naim Mohd Yakin, 31, mula menetap di UK sejak 2015 bagi melanjutkan pengajian Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang kejuruteraan.

Berikut adalah 15 aktiviti yang anda boleh lakukan dengan anak anda bagi meransang pertumbuhan otaknya. Klik pautan di bawah untuk membaca.

15 Aktiviti Dan Peralatan Ini Bagus Untuk Rangsang Anak Jadi Genius

Perhimpunan Anak Muda ‘Genius’ Era Digital Di #mydigitalmaker Fair 2017

Sumber