Tular sejak dua hari lalu apabila founder atau pengasas kepada syarikat Bawal Exclusive iaitu Haliza Maysuri tampil berkongsi di TikTok mengenai telekung milik beliau bernilai RM16,000.

Perkongsian beliau dengan caption ‘Telekung RM16,000 untuk jumpa Allah’ secara tidak langsung telah mengundang kepada pelbagai pertikaian di kalangan netizen.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terdapat netizen yang menyokong beliau dengan mengatakan telekung seharusnya terbaik untuk pertemu Allah manakala terdapat netizen yang memaklumkan besederhana adalah yang terbaik.

Perkongsian daripada Haliza Maysuri

Sumber: instagram @halizamaysuri

Di sebalik kecaman yang diterima, founder Bawal Exclusive, Haliza Maysuri dilihat tidak melenting dengan kecaman yang diterima sebaliknya melabelkan kecaman netizen adalah makanan beliau. Malah, beliau sebelum ini turut dikecam gara-gara menjual sebuah tudung bawal bernilai RM33,000.

Menurut beliau, perkongsian TikTok telekung bernilai RM16,000 adalah bersesuaian dengan sasaran pelanggan beliau yang tidak kisah dengan harga serta percaya dengan kualiti telekung keluarannya.

Beliau juga turut mengakui sengaja letakkan harga sebagai marketing dalam membuatkan video tersebut viral sekaligus mengelakkan daripada berbelanja besar membayar influencer dan sebagainya.

Menurut Haliza Maysuri, video tersebut hanyalah sebagai cara awal bagi memaklumkan orang ramai telekung keluarannya dalam membina kepercayaan pelanggan.

Mengulas mengenai sedekah, beliau memaklumkan perkara tersebut tidak perlu diadili oleh manusia sebaliknya bertanya kepada diri sendiri jumlah yang sudah disedekahkan.

Haliza Maysuri mengakui megnenai ramai pelanggannya yang sanggup bersedekah telekung yang mahal dan berkualiti kepada orang ramai serta memaklumkan kepada orang ramai untuk terus bersangka baik.

Menerusi perkongsian terbaru beliau di Instagram, Haliza Maysuri memaklumkan syarikat beliau baru sahaja berjaya menjual sebuah telekung berharga RM18,600 buat seorang pelanggannya.

Sebelum ini, jenama beliau turut pernah menjadi bualan netizen selepas berjaya menjual sebuah tudung bawal bernilai RM33,000 kepada seorang usahawan Kelantan.

Tudung Bawal Exclusive Berharga RM33,000 Jadi Milik Usahawan Kelantan

‘Telekung RM16,000 Untuk Jumpa Allah’ – Perkongsian ‘Founder’ Ini Undang Perbincangan Netizen