Seorang kenalan FB saya (Puan Raudzah Arippin) meminta saya berkongsi sedikit sebanyak tentang Hospital Rehabilitasi kerana ramai belum mengetahui tentang kewujudan hospital ini di Malaysia.

Sebelum saya menerangkan apa itu Hospital Rehabilitasi dan perbezaannya daripada hospital-hospital lain, anda perlu tahu dahulu apa itu Perubatan Rehabilitasi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Hospital Rehabilitasi Cheras
Hospital Rehabilitasi Cheras
Gimnasium
Gimnasium

Rehabilitasi secara literalnya bermaksud pemulihan.

Perubatan Rehabilitasi pula adalah kepakaran perubatan yang menjurus kepada pemeriksaan, diagnosis, rawatan dan pengurusan ketidakupayaan fizikal, kognitif dan pembelajaran di semua peringkat umur, sama ada disebabkan oleh trauma atau penyakit.

Kepakaran ini terdiri daripada multidisplinary team yang terdiri daripada jurupulih cara kerja, fisioterapis, jurupulih percakapan, psikologis, dan kumpulan sokongan kesihatan lain untuk merawat pesakit secara holistik dan bersepadu.

Kolam Renang Hidroterapi
Kolam Renang Hidroterapi
LOKOMAT
LOKOMAT

Antara klien perubatan rehabilitasi adalah pesakit strok, kecederaan saraf dan lumpuh, kanak-kanak cerebral palsy dan sindromik, gangguan spektrum autism (ASD), amputi(kudung), gangguan neurologi, kecederaan sukan, masalah kardiopulmonari dan lain-lain.

Matlamat utama Perubatan Rehabilitasi adalah memastikan pesakit kurang upaya boleh berdikari dan tidak bergantung sepenuhnya kepada penjaga dalam aspek pengurusan diri, aktiviti harian, mobiliti, aktiviti komuniti dan pekerjaan.

Buat masa ini, perkhidmatan Perubatan Rehabilitasi yang lengkap hanya ditawarkan di kebanyakan hospital kerajaan berstatus tertiary. Manakala, di hospital-hospital daerah hanya perkhidmatan Fisioterapi dan Pemulihan Carakerja dapat disediakan.

Menyedari tentang kepentingan pemulihan bersepadu, beberapa hospital-hospital khas telah dibangunkan khusus untuk memberi perkhidmatan rehabilitasi.

Contohnya, Hospital Rehabilitasi Cheras(HRC) dan Pusat Rehabilitasi PERKESO.

Pusat Rehabilitasi Perkeso.
Pusat Rehabilitasi Perkeso.

Hospital-hospital ini dilengkapi kemudahan dan peralatan serba canggih bagi membantu pesakit mengembalikan fungsi optimum mereka. Antaranya; kolam hidroterapi, gimnasium, klinik prosthesis dan orthosis, simulasi pemanduan, bilik snoozelan, LOKOMAT, dan bilik amali aktiviti harian.

Bilik Snoozelan
Bilik Snoozelan untuk stimulasi sensori.
Bilik
Balance master. Untuk periksa keseimbangan pesakit.
Simulasi pemanduan
Simulasi pemanduan
Katil dengan Hoist
Katil dengan hoist untuk mengangkat pesakit.

Hospital rehabilitasi lazimnya adalah hospital rujukan, bermakna anda perlu dirujuk ke sana untuk menjalani program rehabilitasi. Kes-kes akan disaring oleh Jabatan Rehabilitasi Perubatan hospital tertiary sebelum ia dirujuk kepada Hospital Rehabilitasi.

hospital-rehabilitasi-04

Caj bayaran HRC adalah seperti caj di hospital kerajaan yang lain.

Rehabilitasi, peluang kedua anda.

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan adalah seorang Pegawai Perubatan Rehabilitasi yang berkhidmat di Hospital Sultan Ismail.