Bandar berhantu, bagi mereka yang takut dengan hantu ini mungkin seperti sesuatu yang menakutkan. Bandar berhantu atau bandar mati ini biasanya gelaran kepada sesebuah tempat yang ditinggalkan, baik tidak berpenghuni ataupun terbiar.

Berkenalan dengan seorang jurugambar, Kieron Connolly’s yang kini sedang sibuk memburu bandar-bandar berhantu di seluruh dunia untuk dibukukan. Senibina bangunan-bangunan lama yang terbiar ini memberinya idea untuk merakam semula kecantikan tempat ini dalam siri fotografinya.

Projek buku yang diberi nama ‘Abandoned Place’ ini boleh didapati di laman Amazon. Himpunan foto yang memaparkan kecantikan senibina terkenal pada suatu ketika dahulu.

Di bawah ini kami paparkan sebahagian daripada tempat-tempat yang sudah dijejaki oleh Kieron Connolly’s.

Rumah Api, Denmark.

Rumah api Rubjerg Knude, terletak di bahagian utara Jutland, Denmark. Dibina pada tahun 1900, rumah api ini mula berhenti beroperasi pada tahun 1968. Hakisan pantai yang berterusan merupakan punca utama masalah, rumah api ini dijangka akan tenggelam ke pantai pada tahun 2023.

Kilang Gas, Wola.

Kilang gas Wola ini terletak di Warsaw, Poland. Dibuka pada tahun 1888, kilang gas ini musnah ketika berlakunya perang dunia ke dua. Walaupun selepas itu dibina semula, akhirnya kilang ini ditutup pada awal tahun 70an selepas bandaraya membuat keputusan untuk menggunakan gas asli.

Pada hari ini, sebahagian daripada bagunan kilang gas ini dijadikan muzium manakala sebahagian lagi dibiarkan terbiar.

Stesen Dewan Bandaraya, New York.

Stesen keretapi bawah tanah di New York ini sangat cantik. Dibuka pada tahun 1904, akhirnya ia terpaksa ditutup pada tahun 1945 disebabkan sistem platform yang dikatakan tidak selamat.

Oradour-sur-Glane, Perancis.

Oradour-sur-Glane, Haute-Vienne, terletak di pusat bandar Perancis. Perkampungan Ini merupakan tempat peninggalan sejarah yang berlaku pada tanggal 10 jun 1944 melibatkan 642  keluarga ditawan pada era pemerintahan Nazi.

Kubu, London.

Terletak di bahagian utara Clapham, London. Dahulu ini merupakan tempat perlindungan dari serangan udara ketika perang dunia ke dua. Sebanyak 8 tempat perlindungan dibina di bawah tanah, ia boleh memuatkan sehingga 8,000 orang dalam satu masa.

Tempat ini akhirnya dijadikan sebagai ladang kota pada tahun 2012.

Royal Hotel, Jepun.

Royal Hotel Hachijo, terletak di daerah Hachijojima, Jepun. Hotel ini mula beroperasi pada tahun 1963 dan ditutup pada tahun 2003 atas alasan tiada tetamu.

Mono, California.

8

Terletak di daerah Bodie, Mono di California. Lombong emas yang ditemui pada tahun 1859 ini kemudiannya menemui zaman kejatuhannya pada tahun 1880 sebelum ditutup pada tahun 1913.

Stesen Keretapi Canfranc, Sepanyol.

Stensen Keretapi Canfrac ini merupakan salah satu pintu masuk antara Perancis dan Sepanyol. Ini merupaka rekabentuk senibina baru pada era itu. Dibuka pada tahun 1928 sayangnya terpaksa ditutup pada tahun 1970 apabila salah satu jambatan disebelah Perancis runtuh dan tidak dibina semula.

Setelah melihat kesemua senibina di bandar-bandar berhantu ini, memang tidak dinafikan keunikan setiap daripadanya sungguh cantik. Sayang pula melihat ia terbiar sebegini.

Kadang-kala ada sesetengah negara sengaja membiarkan terbengkalai supaya ia sentiasa menjadi peringatan bersejarah untuk tatapan generasi akan datang.