Keindahan desa yang mendamaikan di Kuala Selangor menjadikan ia destinasi pilihan ramai pelancong terutama sekali pelancong luar negara. Bukan sahaja kaya dengan warisan dan budaya tetapi terdapat tempat yang berjaya menarik pelancong.

Sky Mirror tidak lagi perlu dikenalkan kerana anda mesti sudah tahu akan tempat yang viral ini dengan gambar-gambar ‘awesome’ dikongsikan oleh ramai orang di media sosial.

233093048
HYPE
Idamkan Rekaan Rumah Yang Memukau, Ini Sebab Utama Anda Perlu Terjah Ke REX Expo
Baca lagi →

View this post on Instagram

. マレーシアのウユニ塩湖✨  『スカイミラー 』   スカイミラーでは スタッフの方が慣れた感じで 沢山ステキな写真を撮ってくれるので 写真は全部お任せ🤗❣️   スタッフの方曰く 写真はiPhoneが一番綺麗に撮れるらしい💡  ただ注意して頂きたいのが スマホの右側は若干水に浸かるので 写真を頼む時は覚悟しておいてください!笑    そして小道具として エッフェル塔、ゴジラ、ヒヨコやカラフルな傘が 事前に用意されてあるので  ご自分の好きなポーズを予め考えておくと 撮影がスムーズなのでオススメ😊   #スカイミラー #skymirror #マレーシア観光 #マレーシア旅行 #クアラルンプール観光 #クアラルンプール旅行 #PR

A post shared by ✈️元外資系CA 𝕄𝕒𝕚𝕞𝕒𝕚✈️ (@maimai.de) on

Akan tetapi, ada yang ramai orang tidak tahu anda boleh melihat keindahan fenomena fitoplankton yang mengeluarkan cahaya biru terang atau dikenali sebagai ‘blue tears’. Dengar nama sahaja sudah buat anda terbayang keajaiban cahaya semula jadi itu bukan?

Pengunjung dapat melihat kecantikan ‘blue tears’ dengan menaiki bot laju di Jeti Sky Mirror yang menyusuri perairan Sungai Selangor. Kiranya selepas anda ke Sky Mirror, bolehlah anda saksikan kilauan biru terang pula. Memang terbaik!

View this post on Instagram

Blue tears kuala selangor

A post shared by Sky Mirror Kuala Selangor (@skymirrormalaysia) on

Difahamkan, tarikan ini hanya dibuka pada jam 8 malam hingga 10 malam sahaja dan berharga RM25 seorang. Jika anda berminat untuk kunjungi tempat ini dan untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang ini.

Sementara itu, difahamkan penemuan telaga di Hulu Langat bakal membuka ‘onsen’ terbesar di Malaysia. Klik pautan di bawah jika anda terlepas berita tersebut.

‘Onsen’ Terbesar Malaysia Di Hulu Langat Bakal Jadi Tarikan Pelancong Seluruh Dunia

CCTV Dengan ‘Face Recognition’ Bakal Bantu Kurangkan Jenayah Di Selangor

Lihat ‘Makeover’ Ampang Point Yang Telah Dibuka Semula

Anda Mungkin Suka