Jika berlaku gangguan air, pastinya akan menyukarkan kehidupan seharian kita. Terbaharu, seorang pengguna Twitter @MNasruddin telah berkongsi bagaimana dirinya menyelesaikan isu gangguan air di rumah keluarganya di Kelantan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi perkongsiannya, rumah keluarganya tiada air tetapi rumah jiran mempunyai air. Malah, bapanya telah ke pejabat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) membuat aduan.

Sudah seminggu tetapi tiada tindakan daripada pihak AKSB serta aduan masih dalam proses. Maka, beliau yang berang telah selidik akan akta berkaitan bekalan air negeri yang relevan untuk dimasukkan dalam surat aduan.

Nasruddin telah emel kepada pihak AKSB dan membuat aduan bertulis agar ada bukti aduan sudah dilakukan. Pihak AKSB mengatakan ayahnya tiada membuat aduan walaupun beliau menegaskan telah beberapa kali datang ke pejabat.

Dalam aduan bertulis tersebut, Nasruddin telah menceritakan kronologi dari hari tiada air sehinggalah telah membuat aduan di pejabat AKSB.

Malah, Nasruddin turut menuntut pihak AKSB agar datang membuat pemeriksaan dalam tempoh 24 jam atau tindakan undang-undang akan diambil.

Tidak sampai 24 jam, pihak AKSB telah datang ke rumah keluarganya dan menyelesaikan hal tersebut.

Tambahnya, bukan semua orang tahu prosedur untuk aduan bertulis terutama sekali warga emas di kampung. Malah, ramai yang ingat pergi ke pejabat air buat aduan sudah selesai tetapi sebaliknya dimana tiada rekod pun.

Nasruddin turut berkongsi kandungan emel dihantarnya untuk jadi rujukan mereka yang memerlukan kelak. Jika anda berdepan masalah gangguan air, cubalah cara ini untuk membuat aduan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Kesal Beli Rumah Tanpa Ilmu, Wanita Ini Terpaksa Bayar Hak Milik Strata Berjumlah RM15,000

Ditinggal Kerana Kulit Gelap, ‘Glowup’ Gadis Ini Buat Netizen Risau

‘Surat Letak Jawatan Terbaik Yang Pernah Saya Dapat’ – Rafizi Ramli Kongsi Tips Berhenti Kerja