Naili Exclusive dan Sabella merupakan antara jenama besar busana dan kedua-duanya memiliki kekuatan tersendiri dalam penghasilan pakaian mereka. Malah, kedua-dua jenama ini memiliki peminatnya tersendiri.

Terbaharu, Naili Exclusive dalam satu kenyataan di Facebook mendakwa Sabella telah menciplak karya mereka iaitu ‘coral orkid’ pada koleksi terbaru Sabella. Pihak Naili Exclusive berasa kecewa kerana karyanya ditiru dan dicetak oleh pihak Sabella untuk hasilkan keuntungan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan, rekaan ‘coral orkid’ ini telah dipatenkan dibawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Ketika dihubungi, pihak Naili Exclusive mengatakan isu ini akan diserahkan kepada peguam dan pihaknya telah melakukan perkara terbaik untuk menjaga hasil karya mereka.

Menjengah ke ruangan komen, para netizen mengatakan bahawa rekaan seakan sama dan berasa sedih kerana hasil karya Naili Exclusive telah diciplak. Malah, ada yang menyokong pihak Naili Exclusive untuk saman pihak Sabella dibawah akta harta intelek.

Screenshot 2020-09-07 at 12.22.16 PM

Screenshot 2020-09-07 at 12.22.40 PM

Saat artikel ini ditulis, kami telah mencuba menghubungi pihak Sabella tetapi masih belum mendapat sebarang maklum balas. Apakah pendapat anda mengenai isu ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel tentang isu ciplak yang berlaku di Malaysia. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Selepas Soonaru, Pelukis Ilustrasi Ini Pula Dakwa Karyanya Ditiru FashionValet

Warga Bangladesh Jana Pendapatan RM100,000 Sebulan Jual Barang Ciplak Di Malaysia

Karya Dicetak Rompak, Pelakon Filem ‘KL Gangster Underworld’ Kecewa Dengan Sikap Netizen