Terbaharu, seorang bekas pengurus berusia 52 tahun yang diberhentikan kerja maut apabila dilanggar treler selepas merempuh masuk ke kilang dan membaling botol petrol di Jalan Kuala Kangsar, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, hasil siasatan awal mendapati kereta Honda Civic dipandu seorang lelaki menceroboh masuk ke kawasan kilang tanpa kebenaran dan merempuh masuk ke dalam bilik ‘Production Labelling Department’ sehingga mengakibatkan kebakaran.

Tambahnya, ketika suspek cuba melarikan diri dari tempat kejadian, saksi menyatakan suspek seolah-olah sengaja melintas jalan sebelum dilanggar treler dan maut di tempat kejadian.

Difahamkan, punca kejadian disebabkan suspek tidak berpuas hati terhadap pihak pengurusan kilang atas penggantungan kerja sejak September lalu kerana masalah disiplin. Malah, suspek juga tertekan disebabkan itu dan mendakwa dijadikan ‘kambing hitam’ oleh pihak syarikat.

Suspek pernah meluahkan perasaan dan memberitahu dirinya tertekan sehingga perlu makan ubat disebabkan pihak kilang yang memberhentikannya tanpa notis. Pihak kilang turut sedang menyiasat suspek yang didakwa mengugut pihak atasan kilang kerana menggantung kerja suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 427/448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, kami kongsikan artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Terima Sumbangan RM70,000 Dalam Masa Sehari Kerana Viral, Cikgu Ini Kongsi Kisah Sebenar ‘Makcik Maznah’

‘Cincin Sahaja Harga RM13,500’ – Netizen Tergamam Cik B Belanja ‘OOTD’ Berharga RM118,000

Ramai Kongsi Gambar Miliki PlayStation 5, ‘Filter’ Ini Berjaya Buat Netizen Tertipu

Sumber