Selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan pemilihan influencer media sosial dalam satu video TikTok yang dimuat naik salah satu kementerian sebelum ini, netizen tempatan akhirnya hadir dengan cadangan mereka sendiri.

Melalui semakan yang dibuat di laman Twitter selepas isu video TikTok yang terpalit kontroversi itu, rata-rata netizen berpendapat dan pada masa sama mencadangkan  Sofyank dipilih untuk tugasan tersebut.

Sofyank atau nama sebenarnya Sofyan Abdullah adalah merupakan seorang pereka kandungan digital yang mencipta nama melalui video-video kesan khas di YouTube sebelum ini.

https://twitter.com/fvkhrie/status/1248070257270353920?s=20

https://twitter.com/imrnadm/status/1248128515385348101?s=20

Bukan saja mengetengahkan kandungan yang berkualiti malah Sofyank juga mempunyai lebih 500,000 pengikut di akaun-akaun media sosial miliknya yang sudah pastinya akan membantu kementerian tersebut mendekati golongan muda.

Walaupun baru berusia 20-an namun Sofyan sebelum ini juga sudah beberapa kali mencuri perhatian selebriti dunia seperti Will Smith dan artis kesan khas Zach King.

Pada Oktober tahun lalu, beliau telah dijemput UIP Malaysia,Paramount serta Era.je ke Budapest bagi menghasilkan video terbaru bersama pelakon terkenal  Hollywood iaitu Will Smith.

Malah, hasil kerja Sofyank sebelum ini juga sentiasa mendapat perhatian daripada Zach King yang banyak memberi komen dan ada ketikanya terpegun dengan penghasilan video yang dilakukan anak muda dari Kelantan itu.

Dengan bilangan pengikut yang ramai, kandungan yang berkualiti serta pengiktirafan daripada artis-artis luar negara sudah pasti akan menjadikan Sofyank sebagai calon terbaik untuk menjadi influencer bagi mana-mana kempen sekalipun.

Baca perkongsian lain kami mengenai Sofyank untuk mengetahui lebih lanjut tentang pencapaian beliau. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Tidak Lagi Terpegun, Zach King Anggap Sofyank96 Pengkarya Yang Hebat Dan ‘Fun’

Tonton Video Kolaborasi ‘Awesome’ Antara Sofyank96 Dan Will Smith

Lihat Zach King Dedikasikan Video Terbarunya Khas Buat Sofyank96