Antara juadah yang dicari-cari ketika bulan Ramadan pastinya nasi arab lamb shank oleh Chef Ammar. Mana tidaknya, setiap hari orang akan mula beratur seawal jam 4 petang untuk tidak mahu ketinggalan menikmati keenakan nasi arab original oleh Chef Ammar ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baru-baru ini, Chef Ammar juga tidak terlepas daripada dituduh menjual makanannya dengan harga yang mahal. Kecewa dengan kenyataan tersebut, Chef Ammar menerusi satu sesi live di TikTok menerangkan mengapa juadah jualannya mungkin mahal berbanding peniaga yang lain.

Menurut Chef Ammar, setiap bahan yang digunakan untuk memasak nasi arab adalah bahan yang premium dan berkualiti tinggi. Saiz lamb shank juga menjadi keutamaan buat Chef Ammar supaya pembeli puas untuk makan. Jadi setiap lamb shank perlu lulus piawaian yang ditetapkan oleh Chef Ammar.

Chef Ammar turut berkata kebersihan dan keikhlasan adalah keutamaan ketika menyediakan juadah. Bagi menyakinkan lagi para netizen, beliau turut menunjukkan tempat penyediaan memasaknya yang bersih; tidak seperti sesetengah kedai yang tidak mementingkan aspek tersebut.

@momomqms

Reply to @basitbroga5039

♬ original sound – Mr.Momo – Mr.Momo

@momomqms

Chef ammar #nasiarabchefammar #koyak #silaturrahim #puasa #beritatiktok #kasihsayang #fyp #fypシ #respect #malaysiatiktok

♬ original sound – Mr.Momo – Mr.Momo

Antara bahan yang digunakan untuk masak nasi arab oleh chef ammar

“Kamu ingat kita dapat semua bahan ini secara percuma? Ini minyak sapi berkualiti. Ayam pula kita letak dalam bekas stainless steel, bukan letak atas lantai. Ini semua ada proses. Bukan marah tapi saya nak bagi clear,” kata Chef Ammar.

antara komen daripada netizen

Netizen turut menyokong apa yang dicakap oleh Chef Ammar dan berkata mereka yang cakap belakang biasanya tidak pernah pun beli juadah daripada Chef Ammar. Ada juga yang berkata tidak kisah bayar mahal asalkan makanan sedap dan puas hati berbanding beli juadah yang murah tetapi sedikit dan tidak sedap.

Tepuk dada tanya selera. Jika anda mahu membeli nasi arab Chef Ammar, boleh ke bazar Ramadan Seksyen 13 Shah Alam dan USJ 4. Selamat mencuba.

Tidak tahu hendak makan apa ketika bersahur? Ini cara untuk anda sediakan sahur tidak sampai 5 minit.

Sengaja Tidak Sahur Sebab Tak Tahu Nak Masak Apa? Dengan Kawan Food Semuanya Semudah ABC

Ini Sebab Kita Digalakkan Balik Berbuka Puasa Dengan Ibubapa

Bersahur Dengan Berocca, Menangi AirPods Pro, Nintendo Switch Dan iPad