Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pelakon Siti Elizad dan suami untuk mendapatkan zuriat dengan berjumpa doktor pakar, lakukan rawatan dan juga berdoa agar dikurniakan cahaya mata.

Masih belum ada rezeki, Elizad berasa kesal dan sedih apabila dituduh mandul oleh pengguna media sosial yang tidak bertanggungjawab. Tuduhan dan kata-kata biadap yang dilemparkan oleh individu terbabit disifatkan agak keterlaluan untuk dirinya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bukan itu sahaja, pengguna media sosial tersebut turut mendakwa bahawa Elizad tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim dengan tidak solat dan menutup aurat.

Oleh itu, beliau yang terasa hati telah mengambil keputusan untuk membuat laporan polis di atas komen negatif dan tuduhan individu terbabit. Malah, Elizad mengatakan dirinya dan suami berusaha keras mencuba pelbagai kaedah perubatan untuk mendapatkan anak tetapi dituduh seperti itu.

Elizad turut berterima kasih kepada pemilik video TikTok yang telah ‘backup’ dirinya dengan menghentam individu tersebut dan juga kepada mereka yang memberikan kata-kata semangat kepadanya. Elizad kini menyerahkan perkara tersebut kepada peguam untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Terima Bungkusan Dalam Kelapa, Gaya Kreatif Peniaga Di Shopee Ini Raih Perhatian Netizen

‘Lesap’ Selepas Terima Bayaran, Lelaki Ini Dedah Penipuan Peniaga Lotus Biscoff

Lelaki Ini Kongsi Keadaan Pantai Cenang Di Langkawi Yang Sunyi Tanpa Kehadiran Pelancong